RESTORAN PAK PUTRA TANDORI DAN NAAN MELAKA

Syukurlah nak, pada hari ini soul untuk aku menaip + mengupdate blog telah datang 🙂 Beberapa hari ini aku dok sibuk memerah otak untuk MYKELEDEK NETWORK dan NAILI COLLECTION. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan baik baik belaka. Kita relax jap dan layan journey aku beberapa hari yang lalu di Melaka Bandaraya Bersejarah 🙂 Makan Roti Naan dan Chicken Hyderabad di Restoran Pak Putra Tandori dan Naan yang terletak di Jalan Laksamana 4, Taman Kota Laksamana, Melaka. Tidak jauh daripada Jonker Walk dan Melaka River Cruise.

537512_460564140667188_1660899240_n

Ini adalah kunjungan kedua aku disini. Kawan kepada kawan aku yang perkenalkan tempat ini kepada kami. Katanya restoran ini popular dikalangan para pelancong asing – siap masuk dalam senarai tempat mesti pergi di Melaka ini (katanya). Yup…ada logiknya cz aku tengok pun ada terpampang keratan keratan akhbar mengenai restoran ini

31546_460563974000538_1882427859_n

Popular dikalangan warga asing…kurang popular dikalangan masyarat melayu – mungkin. Diorang kata, roti naan dan ayam tandoori di sini adalah paling sedap di Malaysia ini – betul ke? BUT, YES…aku setuju kerana setakat ini aku rasa roti naan dan ayam tandoorinya memang SEDAP + LEMBUT + SECUKUP RASA. Sangat memenuhi citarasa aku.

Restorannya biasa biasa sahaja….akan tetapi rasa dan keenakan makanan yang ada disini mengalahkan restoran restoran ‘mahal’ + kononnya mewah huhu.

548673_460563877333881_1679932894_n

598497_460563857333883_152182719_n

Sadly, tatkala kali pergi untuk kali kedua itu….ayam tandoorinya telah habis. Benda kalau sedap memang cepat habis. Tu yang order Roti Naan Cheese + Chicken  Hyderabadi + Manggo Lassi + Lassi sahaja 🙂 Nyum nyum…

483528_460564004000535_71067101_n

528381_460564040667198_963935601_n

563836_460564104000525_692975252_n

Secara jujurnya… aku memang PUAS HATI GILER makan roti naan disini. Oh…mesti lagi sedap kalau dapat makan dengan ayam tandoorinya 🙁 Oh, rasa cheese betul OK. Tak kedekut cheese macam restoran makanan arab / pakistan yang ada di Lembah Klang. Disini semuanya serba cukup dan lengkap. Lagi sedap kalau makan time PANAS PANAS 🙂 Yummy

Chicken Hyderabadi yang kami order ini sebenarnya disyorkan oleh pelayan di restoran ini. Tu yang layan makan. Memang SEDAP + PEDAS 🙂 Seriously, memang buat air liur kecur hahahahaha. Puas hati beb

Restoran ini kalau tak silap aku dibuka pada belah petang sehingga lewat malam. Memang sokmo ramai. 1st time aku datang tu pun area Jam 1 pagi. 2nd time aku datang area jam 10 malam. Still ramai orang. Heaven tempat ini.  Konsep lebih kurang Restoran Mamak tapi ikut gaya, aku tengok lebih kurang macam orang Pakistan je. Memang pure

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI