RESTORAN RASA UTARA GALERIA PJH

page1

Gambar lama, entry baru 🙂 Aku ambil gambar ini pun via Hp Sony Erricson Wawa Rina Natasya Barakbah huhu.Gambar yang diambil dari handphone Sony Erricson tidak pernah mengecewakan. Memang cantik (walaupun hp biasa biasa sahaja).

Agak agak ada duit lebih tu, memang nak makan kat Restoran Rasa Utara di Galeria PjH yang terletak di Presint 4 Putrajaya. Rasa sedap sangat OK.

Aku pergi kat sini pun secara kebetulan si Wawa dan Naili Fertado tu teringin nak makan kat sini – katanya. Aku ON je. Katanya sebelum ini diorang dah pernah merasa + melantak makan kat sini dengan Jiela P. Hati yang panas membara jadi sejuk lepas makan kat sini. Hebat bukan? So, ini bermakna makanan di sini memang sedap haha.

page2

Menyesal aku tak datang sini awal awal dulu. Aku rasa, makanan yang aku order di restoran ini lagi sedap berbanding apa yang aku order sebelum ini di Restoran Padi House. Pengsan.

Dari segi harga lebih kurang sama je kot. Average harga dalam lingkungan bawah RM20 dan minum pulak bawah RM7.00 camtu. Anggaran je cz aku tak berapa nak ingat. Emmmm, budak budak tu kata, sebelum ini diorang datang sini pun cz ada promosi. So, harganya pun agak murah jugak lah. Tapi, tang aku datang ni tak ada promosi plak. Hampeh tul. Moral of the story, boleh makan disini 3 bulan sekali je lah gamaknya huhu.

page3

Kitorang order Chicken Chop + nasi + Asam Pedas Ikan Pari + Sayur Lemak Pucuk Ubi. Berpakej sebenarnya untuk menu makanannya. Cuma aku tak berapa nak ingat nama set tu secara detail.Tapi memang sedap. Ini kalau betl betul lapar nie, memang bertambah licin kitorang kerjakan hahaha.

page5

Minuman yang kitorang order plak ala ala milo dinosour, silap dengan biji selasih dan air bandung camtu. Agak mahal jugak harganya. Tapi redha je lah. Ini semua dugaan hihi.

DSC00153

Huhu… kenyang dan syukur alhamdulillah

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI