Disaat aku menaip entry ini, aku rasa rindu yang amat kat anak anak kucing ini. Dan of cz disaat entry ini di publish nanti, aku akan terlebih lebih rindu pada mereka. Semoga kalian sihat sihat belaka OK. Lepas ini tak akan boading lama punya. Korang akan dibelikan sangkar besar terus nanti dan akan dihantar ke kampung ( kalau outstation lama sangat ).
Sedih dan tak sampai hati tengok diorang dikurung dalam sangkar yang kecil itu anak beranak.Memang lar ramai ‘kawan’, tapi masing masing dok dikurung dalam sangkar jugak. Issshhh, apalah yang diorang bualkan kan? huhu
Dalam ramai ramai ini, Si Musang inilah yang paling rapat dengan aku. Aiii, sayang lebih pulak kat dia hihi. Dimana sahaja aku pergi, dia akan setia ikut. Nak nak kalau aku tengah bermain / surf via ipad atau Samsung Tab. Memang dia sahaja yang nak lepak atas skrin tu. Suka tengok cahaya kot. Ala ala tidur di atas hamparan cahaya la kan? Pengsan. Superstar sangat!
Kekadang tu, macam dah perasan dah bila waktu tidur diorang, bila waktu bangun diorang, bila waktu bermain diorang etc. Rasa macam vice versa pun ada jugak. Kekadang tu, kalau bangun lewat, diorang yang akan kejutkan. Tak pun kalau aku bangun awal, diorang pun akan bangun sekali. Kalau aku mandi pun, diorang akan tunggu beramai ramai di depan pintu bilik air. Pastu, time aku gosok baju pun, diorang akan join sekali tengok hahahaha.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +