9 tahun lamanya aku menanti untuk kembali ke Kuching Sarawak. Alhamdulillah, tahun 2018 dapat juga assignment ke sini ahaks. Jadinya, bolehlah jejalan cari makanan populat tempatan hihi.
Aku teringin benar nak ulang makan ayam penyet raja. Masyaallah sedap bukan kepalang. Terus gigih browse internet dan cari lokasi.
Rupanya, RJ nie ada dibuka ditempat lain juga. Ingatkan ada satu je hihi. Macam RJ Ayam Bakar tu terletak berhampiran Riverside Majestic Hotel.
Kami pula pergi yang kat Jalan Nagor. Naik Grab je pun huhu. Harganya RM4 untuk pergi dan RM6 untuk balik.
Banyak menu lain rupanya yang diorang ada. Tapi, oleh kerana hajat memang nak makan Raja Ayam Penyet, kami pun order je menu nie.
Adoiiii, melepas rindu dendam nak makan kat sini. Imbau kembali kenangan lalu. Gitew
Serba serbi sedap menu Raja Ayam Penyet ini. Sambalnya pedas. Sekali rasa asyik nak menambah-nambah je. Persis rasa yang aku makan 9 tahun lalu. Kecur air liur.
Tengok meja sebelah order pisang goreng cheese. Rasa nak order je sekali. Kalau tak memikirkan aku ini sedang oustation, memang aku order melantak je. Tapi, memandangkan takut sakit perut sebab makan banyak, aku tahan nafsu.
Insyaallah akan datang lagi di lain waktu dan ketika.