ROYAL CANIN PERSIAN 30

image

Buat pertama kalinya, terpaksa beli Royal Canin Persian 30 yang 10kg terus. Rasanya, pembelian secara ‘besar-besaran’ lebih baik kot berbanding pembelian secara ‘kecil-kecilan’. We decided untuk bela anak anak bulu ini semua. Jadi, ada 5 ekor kesemuanya hihi. Pengsan.

Time ni pun mak kucing si Ibu Cici Esmidar Gonzales tengah heat. Nak carikan jantan rasa macam tak sesuai pulak. Cici ini jenis yang tak tahan antibodi. Sokmo sakit. Cerewet sangat. Rasanya, sudah tiba masanya untuk mandulkan mak kucing ini. Daya ketahanan kurang. Harapnya, kehidupan dia akan lebih ceria time mandul nanti. Gitew.

Oh ya, harga untuk Royal Canin Persian 30 untuk 10kg ini ialah RM262. Kitorang beli kat Micasa Bangi. Aku tak pasti apa alamat lengkap pet shop ini. Tetapi, yang aku tahu, kedai ini sederet dengan Austin Steak House dan bertentangan dengan Restoran Redwork Bangi.

Sebelum itu, memang dah usha harga kat Mesra Pet Shop. Harga kat situ ialah RM275 kalau tak silap. Murah beberapa ringgit. Ini harga di Bangi. Harga di kawasan lain tak pasti. Tapi rasanya purata harga Royal Canin di Melaka lebih murah kot. That why kalau datang Melaka, memang borong makanan kucing sokmo. Huhu.

Takpe, kita bela haiwan kesayangan nabi. Siapa tahu, rezeki makin dipermudahkan olehNya. Insyaallah.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI