Berhampiran dengan Tower Bridge ini pun ada Royal Palace. Salah satu daripada tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Seakan istana dan kubu lama macam tu lah lebih kurang. Memang terpelihara dan dijaga dengan baik walaupun kiri kanan kawasan ini penuh dengan bangunan moden.
Nak masuk dalam ini kene bayar. Kalau tak silap GBP25 kot. Mahal untuk pertukaran mata wang kita. Jadi kita tengok dari luar sahaja ler.
Kat area sini pun ada KFC Halal. Oleh kerana cuaca amat sejuk dan berangin, jadi kami pun melepak jap dalam KFC tu.
Sangat cantik persekitarannya. Moden dan Klasik bergabung.