Rumah Albury Mahkota Hills

beli rumah albury mahkota hills

Rumah Albury Mahkota Hills – Aku beli rumah pertama disini. Kalau ikutkan kepada kedudukan geografinya, Albury @ Mahkota Hills ini terletak di Mukim Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan. Tapi, kalau ikut kepada keadaan persekitaran, memang dekat dengan Semenyih dan Nilai. Mungkin atas faktor itu juga mereka guna term ‘ Semenyih South Mahkota Hills’.

albury mahkota hills 2

Rumah Albury Mahkota Hills

Aku mula buat urusan pembelian pada akhir bulan Ogos 2015 dan tamat urusan pinjaman Bank pada awal November 2015. Lain-lain urusan, akan diuruskan oleh peguam. 1001 cabaran, kaernah birokrasi dan halangan. Tapi, alhamdulillah cabaran itu mendewasakan kita. Selesai sudah urusan. Tunggu rumah siap dalam masa 2 tahun + kumpul duit untuk bayar ansuran bulanan.

Lagi? Double confirm untuk urusan rebet 2% = lebih kurang RM6,000 seperti yang dijanjikan. Dikatakan, rebet akan diberikan pada sekitar bulan Mac hingga Jun. Urusan dengan REI Group of Company (urus hal jual beli sahaja) sudah selesai. Jadi, apa-apa hal hanya perlu rujuk peguam. Sebab urusan jual beli ini tidak dibuat secara terus dengan syarikat pemaju – Kia Ace Development Sdn Bhd – katanya syarikat subsidari UMLand Berhad. Cuba google mengenai latar belakang syarikat ini. Tapi tidak banyak info berkenaan.

Masuk dalam laman web UMLand Bhd, akhirnya jumpa info mengenai Kia Ace Development Sdn Bhd. 

kia ace development sdn bhd

Jadi, boleh yakin dengan status kredibiliti syarikat ini. We all know UMLand Bhd. Insyallah. Semoga semuanya dipermudahkan dan lancar hendaknya. Disini aku ceritakan sedikit sebanyak ‘perjalanan’ dalam membeli rumah di Albury @ Mahkota Hills ini. Sebagai catatan memori MNM.

image

image

image
Gambar progres semasa ini aku ambil pada pertengahan bulan Oktober 2015 yang lalu. Jalan untuk masuk ke sana sedang dalam pembangunan lagi.
image

image

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI