Rumah Contoh Albury Mahkota Hills

wpid-picsart_04-09-09.04.53.jpg

Awal bulan April yang lalu, tertengok update status di Laman Facebook Albury @ Mahkota Hills (aku pasang notifikasi) mengenai pembukaan rumah contoh mereka. Ohhh, ada rumah contoh rupanya. Aku ingatkan mereka tidak buat rumah contoh.

Pada masa yang sama, aku pun dapat msg whatsapp daripada sales girl projek perumahan Albury ini :-

Good afternoon, we are please to inform our Albury single storey show unit is open for viewing coming weekend.

Open hour : 12pm to 6pm (Saturday to Sunday)
Address : Jalan Tasik Senangin 7, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Any inquiry please visit / call (11AM – 7PM)
Albury at Mahkota Hills Sales Gallery
13, Jalan Kiara 1, Kawasan Perniagaa n Kiara, 43500 Semenyih, Selangor
0194151343

Baca : Rumah Albury Mahkota Hills Saya

Tidak susah untuk aku cari tapak projek perumahan ini sebab sebelum ini pun aku pernah ronda-ronda dikawasan sekitar. Memang kawasan kampung betul hahahaha. Lagipun jalan yang menghubungkan kawasan perumahan Albury dengan jalan besar baru sahaja siap. Lebih kurang 10min masa perjalanan untuk kelajuan 60/70kmj.

wpid-wp-1460207838848.jpg

wpid-wp-1460207839196.jpg

Waktu ketibaan aku pada ketika itu ialah sekitar 11.07 pagi. Alamak, rupanya aku terdatang awal. Waktu operasi mereka ialah pada pukul 12 tghari hingga 6petang. Jadi, aku pun tunggu dan berlegar-legar di kawasan sekitar rumah contoh. Nampak gaya, rumah contoh corner lot dan intermediate. Lain-lain unit masih dalam pembinaan.

wpid-wp-1460208826677.jpg

wpid-picsart_04-09-09.05.48.jpg wpid-picsart_04-09-09.07.19.jpgWow…agak besar juga rupanya rumah yang aku beli – 20 x 70. Memang boleh muat 2 biji kereta. Selama ini aku ingatkan semua itu hanya mainan model rumah sahaja. Memang betul besar dan yang penting aku boleh buat kebun mini depan dan belakang rumah. Happy dibuatnya. Macam macam jenis pokok sayuran dan herba yang sudah ada dalam kepala yang ingin aku tanam ahaks. Tengok kualiti dan hasil kerja pembinaan pun kemas dan cantik. Memang tak sia-sia pilih UMLand. Harapnya akan berterusan untuk unit-unit rumah yang lain.

wpid-picsart_04-09-09.10.25.jpg

Ohhh, satu yang aku teruja ialah bahagian belakangnya agak besar. teruja sebab tatkala aku tengok model rumah di galleri mereka, aku tak nampak besar mana pun bahagian belakang. Rupanya masih ada lagi ruang untuk aku panjangkan lagi rumah. Hurmmm, nak buat apa ek? Mungkin stor dan juga tempat kucing makan dan buang air. Paling tidak pun boleh buat masak-masak di situ. At least rumah tidak berbau. Kita tengok macam mana perancangan / kesesuaian / kosnya nanti.

wpid-picsart_04-09-09.08.24.jpg

Aku punya unit rumah adalah End Lot. jadi ada tingkap di tepi hihi.

wpid-picsart_04-09-09.11.37.jpg

Besar betul corner lotnya. Aku cuba hendak membeli corner lot. Tapi katanya sudah habis. Entah ya atau tidak tak tahulah.

 wpid-wp-1460210053523.jpgMasuk je dalam rumah, aku terus ambil gambar sana sini. Senang, untuk kemudahan dan idea aku untuk dekorasi rumah kelak. Diorang pun memang sudah kenal aku. Aku kan suka tanya soalan dan buat perbualan pelik-pelik dengan mereka. Lagipun aku suka datang awal tatkala buat appointment dengan mereka. Buat mereka terkoco-koco. Harapnya itu hanya telahan aku sahaja.

Apa yang penting ialah, kawasan ini ada liputan 3G dan 3G+ untuk celcom dan Umobile. Aku sudah test pasang lagu di Youtube dan cuba browse laman web tadi. Risau sebab aku teramat concern bab komunikasi. Harapnya capaian UNIFI cepat sampai sini kelak.

Ermm, masuk-masuk je, terus ada kabinet TV dan sofa. Pengsan.

wpid-wp-1460210053830.jpg

Ruang meja makan terletak ditengah-tengah. Ruang untuk dapur tidak berapa besar. Tapi kira OK lah untuk buat masak itu ini. Selesa. Nak lagi yang besar, duit pun kene besar juga ahaks.

wpid-wp-1460210053230.jpg

 wpid-wp-1460210717098.jpgGambar diatas ini pula adalah cadangan dekorasi untuk bilik utama. Tengok dari luar, nampak macam kecik je. Tapi lepas masuk dalam, not bad juga. Mungkin faktor susunan dan warna kot.

wpid-wp-1460210052694.jpg

Bilik nombor 2 pula agak tinggi bahagian atasnya, Rasanya, boleh buat satu lagi ruang kat atas ini. Untuk letak barang yang ringan ke kan. Boleh difikirkan kemudian.

wpid-wp-1460210052923.jpg

Bilik no 3 pun comel je. Siap ada tingkap sebab terletak di bahagian belakang rumah.

wpid-wp-1460210716857.jpg

wpid-wp-1460210054159.jpg

Rasanya, disepanjang perjalanan kiri kanan jalan ada je projek rumah lot yang hidup segan mati tak mahu. Tidak pasti apa nama tempat itu. Mungkin dahulu harganya murah, tapi sekarang harganya mesti telah mencanak-canak naik. Harapnya tempat ini maju dn meriah dengan cepat. Rasa seram sejuk lah pula dengan kedudukannya yang ala-ala hujung dunia ini. Sunyi…..

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI