RUMAH TIDAK BOLEH PASANG UNIFI

IMAG2157

Gigih hari ini aku ambil cuti semata-mata untuk orang datang pasang unifi dirumah. Tapi hasilnya amat mengecewakan. Technician itu tidak boleh nak install unifi di rumah aku. Katanya ada masalah wiring  untuk kabel unifi. Kedua – dua kepala telefon yang ada di rumah tidak boleh pakai. Sentap betul dikkk.

Ulang alik diorang check di bilik riser. Semua OK. Memang sah lah wiring problem di rumah aku ini. Aku bawa sendiri technician itu jumpa orang management. Orang management itu kata akulah orang 1st yang mengadu pasal unifi. Kemudian orang technician itu pula kata, kat Tiara Parkhomes ini memang bermasalah dengan unifi-nya. Tidak laju dan tidak stabil. Yang OK, boleh lah. yang tidak OK pula seakan tiada solution.

Technician itu kata dibawah dia sendiri ada 6 tempat yang dia kene handle. Tidak termasuk technician lain. Katanya lagi, kebanyakan penduduk (pelanggan unifi) kat sini mengadu kepada TM dan TM minta technician selesaikan. Logik lah kan. Semua masalah settle jika wiring dipasang dengan betul. Lagi? Ada rumah yang OK dan ada rumah yang tidak OK. Im not sure samaada jiran satu blog / satu aras dengan aku ini sudah install unifi atau belum.

Pihak pengurusan pula kata, semasa diorang membuat perancangan membina kondo ini memang tiada lagi teknologi fiber untuk unifi ini. Katanya dalam plan asal pun untuk wayar astro diorang tak ada pada awalnya. Sabar je lah.

Lagi? Wayar untuk unifi yang diorang pasang ini sebenarnya untuk telefon sahaja. Bukan untuk unifi atau streamyx. Kuat propa pakcik ini. Aku 5 tahun dulu dah pakai streamyx dan rumah kuarters di Putrajaya pun boleh pakai Unifi. Jadi rumah ini dibina tahun 80an ke? Siap awal tahun 2014 dikkkk. Anggaran bina dlm masa 2 tahun. Jadi pukul rata, start pembinaan tahun 2002. Takkan lah streamyx pun tak boleh fikir. Tak paham dibuatnya.

Solution yang technician itu bagi ialah buat wiring direct ke rumah. Tapi masalahnya kene tebuk dinding depan rumah jiran-jiran. Aku pun tak nampak celah dinding mana yang boleh ditebuk. Beli mahal-mahal tapi bermasalah. Tak boleh terima. Sabar dan redha je lah.

Pasrah je lah terpaksa pakai wireless broadband digi.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI