SAIGON SQUARE HO CHI MINH CITY VIETNAM

Saigon-Square-2

Sampai sekarang aku sebenarnya keliru yang mana Saigon Square dan yang mana Saigon Square 2. Not sure…Dok usha usha di Blog / Internet dimanakah Saigon Square yang sebenarnya. Orang di internet kata lain. Tapi realitynya Saigon Square 2 adalah Saigon Square. Rasionalnya…. Papan tanda tu cuma terpampang nama Saigon Square sahaja. Tiada angka 2 langsung. Pengsan

Khabarnya Saigon Square 2 dibina untuk menggantikan Saigon Square. Dimana Saigon Square 2 dibina berhampiran dengan Saigon Square. Eh…berapa banyak Saigon Square daaa…… Cer cari nama lain sedikit? Taklah keliru sana sini.

Apapun, khabarnya barangan yang dijual dikedua dua tempat ini lebih kurang sama. Bezanya cuma Saigon Square 2 ini lebih selesa + berhawa dingin + mesra pelancong – katanya.

1057See…cuba kome tengok kedua dua gambar. Berbeza kan bangunannya? Cuma NAMA nya sahaja yang sama. Tu yang dok kalot cari Saigon Square merata rata tak jumpa. Dok tanya pengawal keselamatan yang ala ala RELA di Malaysia pun diorang tunjuk Saigon Square 2 kalau ditanya dimana Saigon Square. Apa ke maknanya tu?

Alaaa…tak kisahlah. Yang penting kedua duanya menjual barangan yang hampir sama. Lagipun market aku bukan di Saigon Square huhu. Saja tengok tengok tempat orang 🙂

Saigon-Square-2-02

Barangan yang dijual di Saigon Square ini lebih kepada baju baju, aksesori, seluar jeans, beg, cermin mata, wallet dll. Aku ada jugak cari barangan kulit ….tapi tak jumpa. Not sure samaada disini ada menjual barangan kulit atau tidak. ada juga usha usha blog orang. Tapi still tak jumpa dimanakah tempat menjual kulit yang paling popular dan murah di Ho Chi Minh City ini.  kalau ada…kulit apa? Babi atau lembu atau kambing atau……

 Alamat Saigon Square 2 ialah 7 – 9 Ton Duc Thang, District 1, Ho Chi Minh City. Berhampiran dengan Ben Than Market juga. Dont Worry…memang banyak tempat tempat menarik di District 1. Jalan kaki je… pusing pusing pasti akan jumpa balik 🙂 Jangan malu bertanya + bawa peta sekali. Jauh perjalanan = lenguh kaki berjalan = indah pemandangan

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI