Kalau ikutkan hati, nak je aku rendam si anak kucing bernama Mia ini dalam tong besar. Pastu dalam tong tu aku nak letak ikan sepat banyak banyak. Biar dia kene gigit dan padan muka terus. Jahat benor. Suka sangat panjat aquarium aku. Daripada 2 aquarium, now jadi satu. Ini semua dek kerana dia yang dok suka kacau, panjat dan bla bla bla.
Haaaa, dia jugak ajar adik beradik lain buat kerja jahat nie. Haritu air satu aquarium ditumpahkan semata2 cz dia ‘sepak’ mesin pengepam tu. Habis air dalam aquarium tu terkeluar. Basah lenjun ruang tamu. La ni aku dah tak guna pengepam dah.
Tunggu je saat dan ketika, aku pam si Mia ni pulak.
Dimarah tak endah, dikurung tak berkesan..apa lagi nak dibuat untuk ajar kucing jahat dan nakal ni? Mia Fatonah betul!.