SALON RAMBUT PILIHAN AKU

Aku bukanlah seorang yang suka mengambil tahu akan penjagaan rambut + muka + body atau apa apa yang seangkatan dengannya. Lagi2 pasal rambut. Kalau boleh nak sependek pendek rambut aku nak. Senang cz boleh tahan lama and lambat tumbuh. Jimat kos

Dulu semasa kecil, aku selalu dibawa ke satu kedai gunting rambut di Pekan Sri Medan. Time tu, kedai gunting itulah the only one yang ada. So, memang boleh dikatakan semua orang memang akan tertumpu dikedai itu. Pemahaman aku lah kan. Tak tahu lah kalau ada di kampung2 lain atau kawasan lain 🙂 So, kalau nak gunting rambut tu memang pack betul r orang. Memang menunggu lama r kalau datang lambat. Berjam jugak tunggu…. Huhu. Untung betul pokcik tu. Kosnya area RM3 – RM4 rasanya

Pastu sebaik sahaja aku meningkat dewasa cikit + sekolah menengah, aku dibawa abang aku gunting rambut ke tempat lain yang lebih cepat + murah. Kosnya hanya RM2 sahaja. Aku ingat sampai mati 🙂 kualiti guntingannya pun memang puas hati. Tempoh menunggu pun tak lama. Tapi tak tahu kenapa, pakcik tu macam tukar business lak now. Aku suka banget pergi situ.. KLMJ

Kemudian, semasa study di Shah Alam, aku gunting rambut di kedai abang melayu di Seksyen 2. Kadang kadang aku gunting di PKNS Shah Alam. Memang puas hati juga. Cuma kosnya ialah RM7 untuk student.hihi

Lepas grad dan stay di KL pulak aku seakan akan lalang sebenarnya. Tak tahu kat mana nak gunting rambut. Semua tempat yang aku pergi, ada sahaja menda alah yang aku tak puas hati hahaha. Kadang tu, dah jumpa tempat yang OK, jauh nooon di Sentul pulak haha.

Last2 aku jumpa jgk tempat yang OK di area rumah. Itu pun kedai baru bukak. Ada 2 tempat yang OK, satu di sebelah 7e Taman Cempaka dan satu lagi di Axis Atrium LG. Lupa apa nama kedai itu, tapi aku memang amat amat berpuas hati dengan cara pemotongan dan keramahan mereka 🙂 sweet and just nice. Tapi sayang, since aku berpindah rumah..aku jarang dah pergi sini. Tak tahu camne nasib mereka. Mesti dah maju yang amat 🙂 Kosnya ialah RM28 termasuk cuci rambut.

Now, aku memilih Saloon Derrick and Team. So far aku pergi ke Branch di Mid Valley dan juga di The Mines. Puas hati dengan perkhidmatannya. Harganya pun sama juga. Lebih kurang RM28.

Memang putaran harganya lebih mahal, tapi nak buat macam mana. Inilah kenyataannya. Dunia makin ‘mahal’. Terimalah seadanya. As long as ada value added, aku OK je

Posted from WordPress for BlackBerry.