SAMBUTAN HARI UNESCO MALAYSIA 2012

Yeah… finally, aku ada mood juga untuk buat entry Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2012 yang diadakan pada 3 & 4 Nov 2012 di KLCC Park. Pengsan

Seperti yang dijangkakan, hujan memang turun – musim hujan. Diorang tak jangkakan ke semua ini. Macam tahu tahu je kan nak hujan. Bukan ke 3 Nov (semalam) Pembangkang mahu mengadakan perhimpunan besar besaran di Bukit Jalil. Kemudian mereka tukar vanue ke Seremban pula 🙂

Semalam dan hari ini rasanya hujan turun tak henti henti. Aiiii nasib baik buat di KLCC. Kalau buat kat padang, mau lecak sana sini.

Kesian aku tengok budak budak nie, berhujan bagai semata mata nak menjayakan upacara pelancaran / perasmian oleh TPM. Gigih

Aku jarang attend majlis atau program yang melibatkan kanak kanak / budak budak sekolah. Kekadang tu rasa syok dan terhibur pun ada gak. Comel….. persembahan diorang pun nampak seronok je. Aku terhibur

See..hujan hujan hujan. Hujan rahmat katanya. If let say tak hujan…cuaca baik…redup je, mesti ramai giler yang berkumpul dok tengok booth2 yang dibuka (walaupun).

Aku tengok, ramai juga pelancong yang dok tengok tengok booth kat sini. Lagi lagi yang ada mempamerkan something / tempalt yang unique dan menarik like Melaka / Tasik Chini etc.

See…ada juga pelancong2 yang mencuba main permainan tradisional kita. Cute

Ada banyak persembahan persembahan oleh budak budak sekolah sepanjang program ini berlangsung. Cuma aku tak puas hati cz nampak macam dari segi teknikalnya ala-ala huru hara. Hujan kot

Dah tahu hujan + musim hujan, buatlah sesuatu as backup. Ini tak….Aiiii, karang ada yang litar pintas. Nasib baik tak ada….

CUTE SANGAT hahaha

Time tengok persembahan tu, aku rasa macam nak baling dengan selipar je ‘pengiring2’ budak budak yang buat persembahan dan urusetia tu. Lebih sudu dari kuah. Ko yang nak buat persembahan or budak2 tu nak buat persembahan? Tak reti2 nak berdiri kat tepi ke? Dok berbual kat tengah2 tu buat apa? Pengsan……

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI