Kalau ada duit lebih dan teringin nak makan makanan malaysian di Restoran yang agak ekslusif, datang je Restoran Madam Kwan’s. Aku sendiri sebenarnya tak tahu apa yang istimewanya tempat ini. Dah orang ramai suka datang sini kannn. So, aku pun follow je lah makan kat sini. Rasa masakannya pun not bad jugaklah. Tapi kalau nak rasa masakan yang lebih kurang sama pada harga yang lebih murah pun….rasanya ada je kat tempat lain Cuma kene rajin mencarilah.
Ada 2 menu kegemaran aku disini. Kalau datang sini memang aku akan order yang ini sahaja – Nasi Bojari dan juga Sang Har Mee. Kedua-duanya memang memenuhi selera aku.
Sang Har Mee ini cepat habis stok. Maybe cz diorang nak jaga kualiti dan kesegaran udang kot. Punyalah besar udang tu kan. Kalau tak silap, udang galah tu – Agaknyalah.
Sedikit demi sedikit, kita kene kurangkan pengambilan nasi dalam makanan harian kita. Gitew katanya u ollzzz.