SARAPAN PAGI DI SUBWAY GALLERIA PJH

image

Siapa sangka, aku bersarapan pagi dengan ‘burger’ juga akhirnya. Tak pernah terfikir dan terlintas pun kan selama ini? Bayangkan, kalau mak dan kakak aku tahu. Mesti diorang ternganga beberapa saat hahaha.

Subway Galleria PjH dibuka pada jam 8.00 pagi. Cawangan baru u ollz. Aku tengok gaya pekerjanya pun ramai yang freshies lagi. Aku pula memang agak janggal nak buat order kat sini. Haah, memang sesuai sangat u olllz.
image

Dalam bab order makanan ini, aku banyak serahkan kepada Salina Mansyahar. Biasalah, aku kan lelaki pemalu. Rasa macam tak sesuai nak buat order macam ini. Segan katanya hihi.
image

Subway di Galleria PjH ini baru je dibuka beberapa bulan yang lepas. Im not sure macam mana suasana di sini tatkala tengahari – penuh atau biasa biasa sahaja. Tapi, aku sangat yakin kebanyakan orang yang datang kesini pun mesti janggal dan segan segan nak order makanan.
image

image

Teruja melihat gambar sendiri 🙂 rasa kacak je hihi.
image

Not bad juga rasa burger Subway ini. Harga set untuk sarapan pun hanya RM6.90 (purata). Lebih kurang makan mamak je.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI