Sejak berpindah pejabat ini, aku banyak terpengaruh dengan gaya hidup, cara pemakanan etc teman sepejabat aku. Jika dahulu, aku boleh keluar kemana sahaja sesuka hati aka buat dek je, tapi kini aku perlu melihat dahulu jadual bos bos besar.
Cara bekerja berbeza dik. Priority….itu yang paling penting.
Apa apa hal mesti nak kene refer. Pengsan 10 kali hihi. Sedikit demi sedikit, aku kene biasakan dengan persekitaran baru ini. Take time dude.
Emmm, selalunya aku akan sarapan pagi di Umai Cafe yang terletak berhampiran dengan Millenium Presint 2. Senang dan dekat dengan pejabat. So, apa apa hal boleh zooom je. On call katanya u olllzzz.
Makan kat sini memang syok dan menenangkan cz cafe ini betul betul terletak di tepi tasik. Kemudian, berhampiran dengan Masjid Mizan. Rasa sayu dan tenang je melihat pemandangan dan persekitaran kat sini.
Apa lagi yang best kat sini? Bagi aku, apa yang special disini ialah lempeng, cucur udang dan roti jala je. Menu yang lain lain tu lebih kurang sama je kot dengan yang lain. Im not kadar harga disini samaada mahal atau murah atau standard. Rasa macam still logik dan boleh diterima kot.
Like, roti jala dan lempeng pisang ini harganya RM3 sahaja. Kira OK lah tu kan?
Umai Cafe ini dibuka setiap hari dari jam 9pagi hingga 11malam – kalau tak silap aku. Untunglah diorang cz sokmo ramai je yang melepak makan kat sini.
Boleh dikatakan setiap kali datang sini, mesti makan roti jala. Kalau bukan aku yang order, mesti Salina Lexemburg huhu. Kalau dia yang order, dia mesti faham faham sendiri untuk share sedikit untuk aku. Ahaks….haruslah u ollzzz.
Sedap atau tidak roti jala itu terletak pada kuah kari ayamnya. Agak agak kalau cair, memang tak sedap sangatlah. Yeahhhh, aku memang penggemar kari huhu.