Kenapa kucing jantan kencing bersepah? Ada sesetengah kucing jantan memang suka kencing bersepah. Tidak semua tapi mesti akan ada. Kono nak tunjuk hebat dan ego gamaknya. Memang kalau kucing jantan aku berak atau kencing bersepah, mulut aku akan berzikir bertahmid bagai sambil bersihkan najis dia tu. Apa puncanya? Sakit hati tau sebab kita punyalah bela mereka dengan kasih sayang, bagi makan minum cukup semua. Boleh pula dia kencing / berak bersepah.
Penanda Kawasan
Kucing jantan akan menggunakan air kencing untuk menandakan tempat atau kawasan tersebut sudah berpunya. Jadi, kucing-kucing lain (khususnya jantan) tak boleh kacau tempat itu.
Penyakit Pada Saluran Air Kencing
Mungkin kucing jantan anda mengalami masalah kesihatan pada saluran kencingnya yang dipanggil Urinary Tract Disease (UTI). Antara tanda kucing yang mengalami penyakit ini ialah meneran kesakitan tatkala kencing, ada darah pada najis, kerap menjilat kemaluan, berat badan turun mendadak dan muntah-muntah.
Tekanan
Bukan setakat manusia sahaja yang mengalami tekanan. Kucing pun ada tekanannya sendiri hihi. Kucing boleh ras tertekan jika
- Kurang kasih sayang atau belaian
- perubahan pada rutin makanan
- kehadiran ahli keluarga baru termasuklah kucing atau haiwan lain
- pindah rumah
- kematian atau kehilangan orang yang dia sayangi
- etc
Penukaran Pasir Kucing
Kucing merupakan antara haiwan yang amat-amat sensitif pada perubahan persekitaran. Ini termasuklah pemakanan, minuman, tempat tidur, tempat lepak dll. Semuanya perlu ‘terletak’pada tempatnya. Tak boleh ubah-ubah kononnya. Jangan sesekali ubah-ubah tempat pembuangan najis / jenis pasir kucingnya. Dia pening nak buang air kat mana. Kita pun pening nak bersihkan najis dia. Sebab itulah, sejak bertahun-tahun lamanya aku setia menggunakan Pasir Kucing jenama Cats Best OkoPlus.