https://www.youtube.com/watch?v=yc8yHE8d3zY
SEJARAH KUCING BENGAL
Di dalam sejarah, ada menunjukkan bahawa manusia tertarik dan minat dengan kucing liar yang menghuni hutan belantara untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Setakat yang ada tercatat dimana-mana jurnal atau apa-apa jua sumber dahulu ditemui seawal tahaun 1889 manusia sudah mula cuba mengkacukan ‘Domestic cat’ dengan spesis kucing-kucing liar bertujuan untuk mempercepatkan proses penjinakan dan dapat mengurangkan sifat,karektor dan naluri liar spesis ini. Namun begitu ada yang berjaya dan ada yang tidak. Malahan yang berjaya pun hanya dapat menghasilkan kucing-kucing yang mandul dan tidak dapat membiak dan berkembang. Ada juga yang subur untuk dibiakkan tetapi ciri-ciri liarnya terlalu tinggi(very wild) dan di bela dan disimpan di zoo untuk pengkajian. Sejarah Kucing Bengal
Pada tahun 1946 Jean S.Mill telah mula mengkacukkan ‘Domestic Cat’ + ‘Asian Leopard Cat’. Dari hasil kacukan ini pada tahun 1963, Mrs Mill telah mengkacukan ‘Domestic Cat+Asian Leopard Cat’ + ‘Asian Leopard Cat’. Pada tahun 1970 Dr. William Centerwell daripada Universiti California telah membuat kajian dan mendapati Asian Leopard Cat immunisasi terhadap penyakit Leukimia kucing. Didalam tahun 70-an ini juga ramai pembiak mula giat membiak beberapa spesis lain di kacukan dengan ‘Asian Leopard Cat’. Kucing-kucing yang dipilih ialah, Abyssinian,Ocicat, Egyptian Mau dan British shorthair. Diawal 1980 bengal yang diasaskan oleh Puan Mill bermula dibiakkan secara meluas. Kini ada juga spesis Bengal yang dikacukan hasil dari beberapa spesis lain seperti Abyssinian, Ocicat, Egyptian Mau dan British Shorthair. Nama Bengal diambil sempena nama saintifik kepada Asian leopard Cat iaitu ‘Prionailurus Bengalensis’. Hasil kacukan oleh Puan Mill didaftarkan sebagai foundation(F1,F2 dan F3). Ketika ini Bengal tidak dibenarkan untuk memasuki mana-mana pertunjukkan kucing. Hanya kucing betina yang diambilkira didalam proses membiaknya (hanya memilih yang terbaik dari betina). Bengal diterima sebagai satu Baka baru pada tahun 1983 dan 1986 oleh TICA (The International Cat Assosiation) dan mendapat gelaran juara pada 1991 oleh TICA.
Kini Bengal merupakan kucing “favorite” di dalam mana-mana pertunjukkan kucing yang dianjurkan oleh TICA. Walaupun kini bengal semakin diminati namun masih banyak persatuan dan organisasi kucing yang tidak mengiktiraf Bengal sebagai satu baka pedigree/purebreed. Contohnya persatuan dan organisasi kucing yang terbesar didunia ACFA (American Cat Francier Association) tidak mengiktiraf baka ini kerana CFA (Cat Francier Association) mengkategorikan Bengal sebagai liar.
PERSONALITI DAN KAEREKTOR KUCING BENGAL
Bengal adalah spesis kucing yang aktif, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka akan ketinggian. Sekiranya anda mengharapkan seekor kucing yang suka duduk dibawah melepak, Bengal bukanlah jenis yang sesuai. Bengal adalah spesis yang sibuk dengan alam semulajadi(busy by nature). Selain itu Bengal juga merupakan spesis yang sangat manja dengan manusia. Bengal suka dibelai dan diriba oleh manusia. Ia juga digelar sebagai ‘LAP CAT’. kegemaran bengal ialah ialah bermain. Bermain yang dimaksudkan disini ialah kejar mengejar, memanjat dan menyiasat dikawasan persekitarannya. Mereka cukup pandai membahagikan masa tidur mereka dengan bermain. Kebanyakkan Bengal tidak mempunyai masalah dengan air dan suka akan air.
Secara umumnya bengal suka sentiasa bersama anda dimana sahaja anda berada dirumah. Anda masuk kebilik ke dapur mahupun ke bilik air, Bengal akan sentiasa bersama anda. Bengal juga dipanggil si aksi(the action). Jika anda memberi pilihan barang permainan yang statik berbanding barang permainan yang bergerak-gerak yang sukar diramal pergerakannya Bengal akan memilih yang bergerak-gerak kerana ini lebih menguji kemahirannya memburu. Ada juga Bengal mengeluarkan bunyi mengiau, tetapi kebanyakkan Bengal yang asli tidak mengiau, tetapi mereka mengeluarkan sejenis bunyi yang unik.
CIRI-CIRI BENGAL
Bengal terkenal dan dikenali melalui bulunya yang pendek dan corak bulu yang unik. Bengal terdiri daripada dua corak bulu, iaitu berbintik-bintik/bertompok-tompok (spotted) dan berbentuk seperti corak batu marmar (marbles).