Dari udara, aku tengok lain macam pulak Hong Kong ini. Negara industri yang ada pelabuhan sendiri tapi airnya bersih – warnanya macam warna hijau je. Ke aku salah tengok?
Disini pun aku nampak macam banyak kawasan laut yang ditambak untuk dijadikan something. Kemudian, nampak macam kawasan kilang dan industrinya diasingkan daripada kawasan penduduk – nampak macam kedudukan kilang tu terletak di pulau. Oh, hebat
Kalau keadaan udara memang bersih, memang banyak gambar cantik boleh diambil. Tapi nak buat macam mana, hihi.
Disini, urusan di imegresen agak mudah cepat dan selesa. Memang efficien betul kerja diorang. Dah macam cerita drama Hong Kong pun ada jugak hahaha.
Habis sahaja semua urusan di Kastam dan Imegresen, kami terus bergegas ke Chung King Mansion yang terletak di Tsim Sha Tsui. Semua route perjalanan memang telah kami rancang dengan baik hahaha. Gitew
Untuk maklumat perjalanan yang detail, boleh rujuk main entry aku HARI PERTAMA – HONG KONG. Disitu aku ada catatkan sedikit info untuk dikongsi bersama. Pengsan
Selesa OK di MTR dan Airport Express Hong Kong ini. Sangat mesra pengunjung dan pelancong. Ada banyak info disana sini. Memang agak susah untuk seseorang itu sesat disini hahaha. Pengsan lagi.
Tersangat cepat dan cekap perkhidmatan awam di Hong Kong ini ( MTR ). Memang tak perlu menunggu lama. Kemudian, train yang ada pun selesa. Yang penting disini tiada iklan iklan 1Malaysia bagai + politik. Oh, aku rasa bebas seketika dari semua benda alah itu hahaha. Boleh?
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +