Salah satu tempat wajib dikunjungi di Milan Itali ialah bershopping di Serravalle Designer Outlet. Harga barangan disini jauh lebih murah berbanding Johor Premium Outlet di Johor Bahru.
Kami pergi ke Serravalle Outlet ini pada hari isnin. So, tak berapa ramai sangat orang time aku pergi tu. Yeahhh, tak perlu bersesak sesak sangat dengan orang.
Hiasan dan susun atur disini unik dan menarik. Kemas dan sentiasa bersih. Pantang nampak kotor, mesti akan ada sahaja akak cleaner yang akan sental dengan berus.
Bayangkan, anda shopping ditempat yang sejuk dan suasana yang nyaman macam ini. Ohhh, memang terus tak sayang duit hahahahahaha.