SHANI CAFE BANDAR TASIK PERMAISURI

image

Pagi tadi aku pergi jumpa Khairul kat Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Plannya nak makan kat deretan kedai depan Pelana. Tapi dek kerana makanan sarapan pagi kat area situ tak berapa nak ada, so dia ajak aku sarapan kat Shani Cafe yang terletak tak jauh dari situ – sederet dengan Restoran Nasi Kandar Kayu Original ( not sure betul atau tidak nama tu ).

image

Jangan tak tahu, rupanya Shani Cafe ini mengamalkan konsep harga jualan ala ala buffet. Untuk sarapan pagi, harganya ialah RM4 dan untuk makan tengahari pula, harganya ialah RM7 camtu.

image

image

Makanan yang ada kat sini pun not bad. Boleh layan sedap jugak. Agak susah kot nak jumpa kedai makan macam Shani Cafe ini. Nak nak kawasan macam Bandar Tasik Permaisuri tu kan. Customer boleh bajet harga makanan yang diorang nak makan, pastu ownernya pun senang nak kira haha.

Nak yang lagi murah dan sedap? Masaklah sendiri. Ahaks.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI