Ingat lagi entry SHARP AIR PURIFIER? Sebenarnya dah lama aku mahu buat entry susulan berkenaan dengan air purifier ini. Biasalah, bulan bulan puasa ini sibuk beribadah katanya ahaks. Katanya. . . Walhal otak tepu dengan keadaan office yang sejuk beku dan time kat rumah pula sibuk tidur hahaha.
Ok,back to the story. Aku sudah cuba air purifier dari Sharp ini almost 1 minggu kot. Jadi apa hasilnya?
Oh. . . Memang berkesan kot. Aku tak tahulah orang lain macam mana. Tadi so far aku berpuas hati dengan khidmat En Sharp Air Purifier ini.
Kenapa? Cz aku sudah tidak kene alergik lagi hihi. Kadang kadang itu ada juga terkena di bahagian badan tapi macam tak lagi merebak. Jika sebelum sebelum ini pantang kene sikit kat mana mana celah badan. . . Memang akan terus merebak lah. Tapi dengan adanya air purifier ini, aku dapat rasa alergik / bintat / bintik bintik tu macam tak merebak. Terus hilang macam itu sahaja. Mungkin hasil daripada ion ion positive dan kandungan udara yang telah dibersihkan kot. So, aku anggap produk ini berkesan untuk aku – setakat ini.
Kawan aku pula aku perhatikan memang kurang bersin dah. Terbukti lah tu.
Lagi? Aku perhatikan cici pun macam selesa dan banyak habiskan masa dalam rumah sekaeang. Dahulu memang pantang pintu balkoni dibuka. . . Memang kucing comel ini akan terus keluar lepak disitu. Pengsan
Tak syok lah asyik makan atau sapu ubat je kan. Macam tak elok untuk kesihatan – jangka masa panjang. Mana mana ubat atau pil mesti ada side effect nya bukan? Biasalah, duduk dibandar kualiti udara memang kurang baik. Sedih