SI PENJUAL AIR SOYA

image

Hari ini aku rasa tension dan pening. Tak tahu nak pergi makan kat mana. Ada je yang tak kene. Nak singgah makan kat KLCC rasa bosan dengan makannya. Nak makan kat Wong Solo, xda plak yang melayan. Tunggu lama sangat, aku blah macam tu je. Nak singgah makan kat Pelita KLCC xda parking plak. Last last singgah kat gerai depan UNITEN. Aku beli cekodok, cendawan goreng, pisang goreng dan air soya.

Nak dijadikan cerita, aku parking agak jauh dari gerai gerai tu cz malas nak fikir pasal parking. Aku lalu kat gerai adik penjual air soya dan mangga (i think so). Kesian dan sedih pulak aku tengok dia. Nampak macam mengharap sangat orang datang beli air kat gerai dia.

image

Sebaik sahaja aku selesai beli makanan kat gerai fav, so aku pun terus pergi kat gerai adik tu beli air soya dia. Dia siap tanya nak air batu lebih atau tak. Ohhhhh, sedih pulak aku dengar. Kalau peniaga lain, lantak p lah air batu banyak atau tak. Harganya hanya RM1 sahaja u olllz. Aku ingatkan RM1.20 atau RM2.

image

Aku teragak agak nak bagi RM1 atau RM2 kat dia. Muka aku nampak mcm tiada perasaan tapi time tu hati memang bebelah bagi nak bayar lebih atau tidak. Last last terbagi RM1 sahaja. Rasa menyesal plak bagi cukup cukup.

Air soyanya pun not bad rasanya. Rasa pure dan secukup rasa dan just nice. Cuma sayangnya, aku tertumpahkan air tu kat tempat duduk belakang kereta aku. Sentap cz dapat minum sedikit je. Apa ke maknanya tu.

Muda lagi budaknya. Area umur 20an kot. Nampak macam lebih kurang umur laki wawa pun ada jugak. Pengsan. Muka dah bersih tapi time dia senyum habis rosak gigi. Pengsan lagi.

I can felt keihlasan dan kejujuran serta kegigihan dia mencari sesuap nasi dan rezeki untuk diri sendiri dan keluarga.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI