Singgah di Freeport A’Famosa Outlet Melaka

Semalam, aku dok pergi Banda Hilir Melaka sebentar. Sebelum sampai, singgah di Alor Gajah. Nak beli baju kerja G2000 di Freeport A’Famosa Outlet katanya. Lama tak menyinggah di sini. Dahulu, banyak kali juga singgah disini time memula diorang buka. Sesambil tu boleh singgah makan di Cendol Bakar di Simpang Ampat.

Secara peribadinya, aku berasa hairan macam mana diorang boleh buka ‘outlet’ disini. Tak pasti apa perancangan diorang. Sebab tengok gaya, la ni macam tak ramai sangat orang. Jenama yang ada pun tak banyak dan ada juga yang aku tak kenal. Boleh?

Harganya pun sedikit mahal berbanding ‘outlet’ yang lain – JPO, GPO dan Mitsui. Mungkin market untuk orang sekitar Melaka je kot.

Aku pergi hari Sabtu cuti sekolah. Tapi orang tak ramai mana. Kosong je tempat. Mungkin akan ramai time Christmas nanti lah kot. Sale sana sini.

Rasa tenang je jalan-jalan disini sebab tak perlu bersesak dengan orang. Bahagia rasanya. Terasa ekslusifnya hihi

Oh ya, selain daripada baju kerja G2000, aku dok singgah di Watson. Tengok gaya macam murah je harga yang ditawarkan.

Aku beli pencuci muka Cataphil dan minyak ikan Blackmore. Aku merasakan, Omega Guard Shaklee agak mahal per unit. So, beli je lah yang murah sedikit. Untuk makanan tambahan yang mana dirasakan perlu. Sebab jarang dapat makan ikan. Baik untuk kesihatan jantung.

Untuk pencuci Cataphil pula sebab tengah viral katanya. Harga pun ‘murah’. Try lah satu sebab alang-alang pencuci muka sudah habis hihi.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI