Aku bukanlah seorang yang suka pergi ke kedai ‘pelik pelik’ ni. Tapi, apakan daya kawan aku ini memang suka seorang yang suka mencuba sesuatu yang aneh, lain daripada yang lain dan baru. Jadi, kalau pergi mana-mana dengan dia ini aku mesti bersedia dengan 1001 macam selera dia yang kadang-kadang sedikit mahal harganya. Sabar je lah
Dahulu, semasa di Johor Bharu..bermati matian aku mahu pergi makan tutti frutti. Kononnya mahu mencuba frozen yogurt. Ala-ala mahu tahu apa yang syok banget pasal menda alah ini. Yelah kan, ligat benar kawan kawan aku post dan update status di FB kata Tutti Frutti ini sedap bagai. Jenuh mencari dalam Sutera Mall JB. Rupa-rupanya kedai tu berada area 500m diluar Sutera Mall itu. Pengsan. Haha.. Suatu kenangan terindah yang tak mungkin aku lupakan sesama Su.
1st time makan tutti frutti ini, rasanya masam. Jenuh juga aku mahu habiskan. Pengsan.Tapi, apa yang penting konsep tutti frutti ini adalah based on berat frozen yogurt dan topping yang diambil. Aku lupa berapa harga untuk 100g. RM0.50++ rasanya.
Apapun, itu dahulu. Tutti Frutti pun sudah buka banyak cawangan termasuklah di Pandan Indah dan Putrajaya. Jadi, sedikit sebanyak aku dan kawan aku mesti akan datang ke cawangan yang dekat ini. Bukan apa, saja mahu meluangkan masa lapang. Itu pun kalau ada duit lebih 🙂
Walau apapun, apa yang aku suka di Tutti Frutti ini ialah konsepnya yang nampak bersih. Mungkin penggunaan warnanya kot. Nampak ceria dan menyelerakan. Kaedah promosinya pun nampak bagus. Khabarnya produk ini datang daripada USA dan di franchise oleh kumpulan NAZA. Cuma mungkin pada sesiapa yang mahu makan disini kene aware dengan kuantiti yang mahu diambil. Jangan dok syok tambah perisa sana sini + topping banyak sangat. Berpada padalah OK! jangan nanti terkejut dengan harganya selepas ditimbang 😉 Ada satu hari itu aku nampak jenuh anak beranak isi penuh penuh frozen yogurt masuk ke dalam bekas. Last last, time bayar mencuka je muka bapak n mak dia haha. Aku rasa diorang macam kene RM70 ++ hihi kesian. Lucky ongkosnya cukup
Secara tiba tiba kawan aku bagitau ada kedai frozen yogurt baru dibuka area rumah aku. Tapi kedai ini guna nama Snogurt.Seperti biasa, dengan perangai lampinya dia pun mencuba frozen yogurt made in snogurt ini. Dan keesokan harinya, dia bawa aku pergi ke Snogurt ini untuk bagi aku rasa pulak. Katanya kedai ini daripada Itali. Tapi selepas aku check via internet, kedai ini kepunyaan Raja Farah. Rasanya dia ini pelakon kot. Tak kisahlah, yang penting, snogurt ini pastinya telah menjadi pesaing kepada Tutti Frutti.
Hurmmm… harga untuk 100g frozen yogurt di snogurt ini lebih murah. Tak sampai RM5.30 rasanya. Aku tak berapa ingat. Rasanya macam RM4.90 untuk 100g. Jadi, murah beberapa sen sen berbanding Tutti Frutti. Pasal rasa pula, snogurt ini lebih masam sedikit berbanding Tutti Frutti. Mungkin ini kelainannya. Apa yang penting, kebanyakan citaranya adalah ala-ala made in Malaysia. Banyak pilihan dan perasa perasa yang memang orang Malaysia suka. Berbeza dengan Tutti Frutti, di sini pilihannya agak banyak. Jadi, bolehlah merasa lebih haha
Walaubagaimanapun, bagi aku ada beberapa kekurangan yang ada pada snogurt ini. Ini pandangan aku lah kan
1. Pilihan warna temanya seakan malap. Seakan kurang menarik
2. Dekorasi kedai yang aku pergi ini macam ‘something’ sahaja. Seakan nak tak nak je buat. Oh, maybe baru buka lagi. So, mungkin tak siap decorate lagi kot
3. Cashier yang jaga kedai ini nampak kuyu je matanya. Bosan sangat kot
4. Pilihan topping yang ada si sini seakan sama dengan di Tutti Frutti. Bagi aku, snogurt perlu buat some signature yang lain sedikit berbanding jenama yang lain. Kene fikirkan bagaimana caranya untuk bersaing secara smart dengan Tutti Frutti.
5. Sedih juga aku tengok, tiada promosi dalam bentuk banner atau bunting atau papan tanda yang boleh menarik perhatian orang untuk singgah dan mencuba di kedai ini. Mungkin tak pasang lagi kot. Kesian pula aku kat promoter tu. Dok tengok orang lalu lalang di kepan kedai sahaja.
6. Aku rasa, frozen yogurt yang keluar daripada mesin tu macam seakan sedikit cair.
Tapi, bagi aku..tak kisah lah yogurt atau tidak. Yang penting, Ais Krim lebih murah berbanding kedua-dua produk company ini atau yang dijual di mana mana pasaraya. Sekali sekala boleh lah. Kalau selalu sangat makan, mau habis duit aku kat situ.