SOGO KL WAREHOUSE CLEARANCE

image

Tak tahu pula Sogo KL ada buat Warehouse Clearance dari 6 – 9 Sept 2012 huhu. Secara kebetulan je kot hari ini pergi Sogo. Hairan pun ada gak cz lengang je jalan dan keadaan persekitaran di dalam dan luar Sogo. Sangat berbeza yeeer dengan keadaan sewaktu bulan puasa dan raya hari tu. Hahaha meriah

image

Banyak barangan yang dijual pada harga yang aku tengok memang murah. Hahaha cz aku pun bukannya suka shopping shopping bagai. Jz tengok2 je perbezaan harga sebelum dan selepas.

Seperti biasa, aku memang akan pergi site barangan dapur. Cari punya cari, ternampak kuali jenama ENDO. Aku beli je lah kot cz harganya berbaloi + tak gunakan minyak + bersaiz sederhana. Aku tak ada lagi kuali camni kat rumah hahaha. Harga asal RM115 lebih dan harga after discount RM57 lebih.

Berbaloi ke? Yelah tu kot. . . Cz ada kegunaannya untuk aku nanti. Sebenarnya beli kuali kat mana mana / jenama apa2 pun OK je. Asalkan pandai guna + reti memasak. Terfikir gak, mak aku beli kuali kat mana ek? Sedap je dia masak

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI