Suami Isteri – Hukum Mengisap Kemaluan dan Telan Air Mani

Lidah dan bibir merupakan antara anggota badan yang diakui berkesan untuk meningkatkan keghairahan pasangan. Perbuatan ini termasuk dalam kategori seks oral.

Islam menghalalkan perbuatan isteri menjilat seluruh tubuh suaminya termasuklah buah zakarnya. Begitu juga sebaliknya untuk suami melakukan hal yang sama terhadap isterinya. Namun, ia juga perlu mendapat persetujuan pasangan masing-masing dan tidak memudaratkan kesihatan.

Pasangan suami isteri tersebut hendaknya memastikan kebersihan kemaluan masing-masing sebelum melakukan persetubuhan (seks oral) bersama. Ini bagi memastikan kedua-duanya selamat bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.

Pada masa yang sama, perlu ditekankan disini bahawa selain daripada makan dan minum, mulut merupakan anggota badan yang mulia untuk berzikir, membaca ayat suci al-Quran, memuji Allah

Suami Isteri - Hukum Mengisap Kemaluan dan Telan Air Mani

Hukum Menelan Air Mani dan Air Mazi Suami

Air mani bukanlah najis kerana ia merupakan asal kejadian manusia.

Kadangkala, suami tidak dapat menahan ghairah sehingga memancutkan air mani dalam mulut isteri. Untuk isteri, jangan sampai menelan air mani yang keluar daripadanya kerana perbuatan menelan air mani, hukumnya Makruh. Namun, jika ia berlaku tanpa disedari, segera meludahkannya keluar dan berkumur.

Berbeza pula halnya dengan air mazi dan air kencing yang termasuk dalam kategori najis. Oleh itu, hukumnya adalah haram jika secara sengaja merasa atau menelannya.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI