Gambar ini diambil lebih kurang pukul 7 petang. Rugi tak pakai kamera DSLR. Moment yang cantik hihi. Orang Milan ini lebih banyak pakai pengangkutan awam berbanding kereta sendiri. Yelah kan, pengangkutan awam diorang macam efficient je nampak gayanya.
So, sambil sambil melepak tunggu bus tu aku jalan jalan sekitar pusat bandsr Milan dahulu. Aman damai betul kehidupan diorang. Macam tak busy dan sentiasa tenang je hihi.
Tak jem pulak jalan diorang. Hairan aku tengok. Aman damai betul life kat sini.
Kalau kat Malaysia sana sini kita akan nampak masjid atau pusat islam atau surau…kat sini pula aku nampak banyak gereja. Bunyi loceng sokmo. Not sure apa makna loceng tu berbunyi.