SUSU TEPUNG UNTUK KUCING : KITTY’S MILK

image

Beberapa hari yang lalu, dok pergi ke Mesra Pet Shop untuk membeli susu untuk anak kucing. Dok terfikir juga, nak beli yang cair atau tepung. Biasalah, jenis yang cair harganya agak mahal berbanding jenis tepung.

Tapi, susu jenis cair macam jenama Pets Own ini memang sudah terbukti keberkesanannya. Kesemua anak anak kucing aku memang minum susu jenama ini dahulu. Entah, rasanya sedap dan menyelerakan kot.
image

Agak murah jugak lah harga susu jenama Kitty’s Milk ini. Tengok gaya macam diperbuat daripada susu kambing. Jenama tempatan yang berharga RM13 sahaja.

Kekadang, aku memang suka beli jenama tempatan. Harganya agak mampu milik. Khasiat dan kelebihannya pun lebih kurang sama produk import rasanya. Biasalah, produk import ini kita beli jenama berbanding produk. Pengsan.
image

So, En Kucing macam aku ini akan dok membancuh susu tepung untuk kucing je lah dalam masa beberapa hari ini – sampai anak kucing calico ini besar.
image

Ini kalau ada anak, memang dah sebaya Aiman rasanya hahahaha. Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI