SYED BUKHARA BRIYANI

image

Sebenarnya, hajat nak merasa Nasi Bukhara Biryani kat Restoran Syed ini memang dah lama terbuku dihati hihi. Biasalah, jauh noon di Petaling Jaya. Mau fikir dua tiga kali kalau nak datang sini.

Last week, alang alang dok join hantar orang berkursus kat area sini, aku pun apa lagi kan? Haruslah aku terus order sekali ahaks. Aku sendiri pun tak sangka restoran ini betul betul terdetak berhadapan dengan Hotel Hilton dan bersebelahan dengan Giant + Court.

image

Hari pertama aku pergi sini aku order Roti Canai Cheese. Pelik je rasanya huhu. Aku segan nak order Bukhara Biryani. Takut tak fresh je gamaknya. Yelah kan, aku datang lewat petang.

image

Pastu hari keesokan harinya aku datang sini lagi, barulah aku order Bukhara Biryani hahahaha. Asalnya nak order Nasi Kandar je, tapi alang alang datang sini aku order je dulu bukhara dia.

Apapun, aku memang tergoda dengan keenakan ayam goreng kat sini. Memang nyum nyum. Nampak sedap dan memang sedap pun. Lupa nak ambil gambar hihi. Hairul yang order, aku main cuit je dan dia memang admit rasa ayam gorengnya memang sedap.

image

image

As you know, bukhara biryani ini ada isi kambing dan juga ayam. Aku ambil isi ayam time tu. Pastu dok tambah sayur dan kuah sedikit huhu. Gigih menghabiskannya. Banyak siot.

image

image

Nasib baik time tu aku agak lapar. So, boleh habislah gamaknya hihi. Satu set bukhara biryani ini harganya RM12.00 sahaja

Hairul nampak aku makan tu, terus dia order dan tapau bawak balik rumah. Takut mengidam plak kat rumah nanti katanya hihi. Bini yang mengandung, dia plak yang terlebih mengidam. Ahaks pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI