SYOKNYA MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Ramai kawan yang tinggal di Melaka – especially Jiela & Pakcik aku sendiri. Time study dulu, aku memang duduk kat Melaka Bandaraya Bersejarah. Nak balik kampung selalu tak mampu. Duit kene jimat jimat bagai hihi.

Selalu je aku jalan jalan sekitar bandar Melaka ini. Cuma problemnya aku tak banyak ambil gambar sebelum ini 🙂 Stop beberapa ketika hahaha. Fobia jap katanya u ollz

Now aku start giler ambil gambar. That why beli Kamera Canon Orange tu. Kehulu hilir aku bawa. Memang syok

Syoknya jalan jalan di Melaka ini ialah …MESRA PELAWAT / PELANCONG. Ada banyak tempat tempat menarik / unik / vogue. Lagipun kawasan kawasan tarikan pelancong yang ada disini bersifat berkelompok. So, senang…..kemana mana sahaja boleh jalan kaki atau naik beca.

Yeah….salah satu tempat yang korang mesti pergi ialah Menara Taming Sari 🙂 Boleh lihat pemandangan Selat Melaka dari tempat tinggi. Tak kisahlah naik pada belah malam atau siang. Its up to you. Masing masing punya citarasa. Aku naik pada belah malam. Cantik gak dengan keindahan lampu lampu jalan + fun fair bagai yang ada dikawasan sekitar. Pengsan

Next….naik Melaka River Cruise 🙂 Mahu pergi Viena Itali tak mampu. Jadi, apa kata naik sahaja Melaka River Cruise ini hahaha. Hebat gak lah idea Ketua Menteri Melaka ini. Banyak kawasan yang ditambah nilai / baik.

Lagi? pergi sahaja ke Joker Walk. Ada banyak benda benda pelik yang dijual disini. Kira macam antik jugak lah. Agak agak berkenan, boleh je beli satu as ole ole

OK…next time aku buat entry yang lebih detail dan fokus plak. huhu. Kalau ada masa / rezeki…memang nak sangat dok jalan jalan satu Melaka ini. Ada banyak tempat tempat menarik yang boleh dikunjungi dan dikongsi bersama. Bravo

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill dan Video (Youtube)

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI