Sebagai orang Islam,sudah semestinya makanan halal dan masjid merupakan salah satu perkara utama yang perlu diambil kira sebelum sesuatu perjalanan itu dimulakan. Jadi, aku tidak mahu perjalanan ke HCMC kelak sedikit terganggu gugat dek kerana perkara ini.Lagi-lagi kali ini pergi bersama orang tua. Kene pastikan segalanya berjalan lancar.
Kalau kita google tentang Saigon atau Kota Ho Chi Minh, memang susah untuk kita cari keterangan tentang masjid di Ho Chi Minh City ini. Data yang ada disitu pun cuma menyebutkan populasi umat Islam adalah kurang dari 2%. Berikut merupakan taburan penduduk HCMC berdasarkan kepada anutan agamanya : Buddha 80%, Katolik Roma 11%, Protestan 2%, lain-lain (Cao Dai, Hoa Hao, Islam , Hindu, Baha’i) 2%, dan tidak ada agama atau tidak diketahui 5%.