HARI UNESCO MALAYSIA 2012 #1

Yeah….. 3 – 4 November 2012, akan ada sambutan Hari UNESCO Malaysia 2012 – Mean hari ini dan esok. Aku jap lagi nak pergi sana. huhu

Still memikirkan macam mana nak parking kereta kat sana. Kat MO atau KLCC. Mana yang lebih murah? Kawan kata parking kat Mandarin Oriental tu kalau ada function memang flat rate RM10. Aku pula nak lepak sana sampai malam ni. Pengsan banyak kali. Event habis pukul 10 malam. Need to double check 1st

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #3

Raya tahun ini aku tak ada baju raya. Akak aku baru call, baju raya yang ditempah sejak bulan mei yang lalu tak siap lagi. Alasan tukang jahit tu – DEMAM. Kepala hangguk makcik tu. Ko tau tak sempat buat. . Pandai pandailah contact owner awal awal. Ini tak, nak jugak tunggu owner datang rumah dulu baru bagitahu. Ahad ini nak raya makcik oooiiitttt

Ko demam nak berapa bulan makcik? Rumah aku dengan rumah ko bukannya sejauh KL London! Kampung sebelah je kot.

Sentap

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #1

Insyaallah, umat islam.di Malaysia akan menyambut hari raya aidilfitri pada hari ahad ini. Aku balik kampung area pukul 4pagi sabtu nanti. Alasannya, aku tak suka jem + mahu sampai pagi + mahu pergi hantar mak aku pergi pekan pada pagi sabtu nanti. Of cz jumaat petang atau jumaat lepas buka puasa nanti jalan akan jem – dijangkakan.

Banyak kot barangan yang aku bawa dari sini untuk persiapan hari raya di kampung nanti. Beli mana yang murah dan berbaloi. Vice versa. . . .

Ramadhan kali ini benar benar mencabar dan tanggungjawab pun rasa macam makin bertambah. Pengsan lagi

Apa yang bagusnya, puasa kali ini telah berjaya menurunkan berat badan aku dari 60kg kepada 57kg kepada 54kg. Ahaks. . .harapnya penimbang di Warta Bangi dan Carrefour Alamanda tu tak rosak. Harapnya berat badan aku tak bertambah sangat sepanjang open house sana sini time lebaran nanti. Nyum nyum

PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA

Sebelum ini aku ada buat entry berkenaan Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012 dan juga hasil pembelian berbaloi Sharp Air Purifier yang dibeli disini.
Imprezzz. . . Tetiba dapat call dari kawan rupanya di Melaka pun ada buat Program Jom Beli Barang Raya jugak. Dan sewaktu dalam perjalanan menuju ke Plaza Tol Pagoh tadi pun, aku ada nampak juga bunting berderet digantung ditiang tiang lampu. Rupanya di Pagoh pun ada dibuat jualan murah seperti ini. Aku ingatkan di Putrajaya sahaja. Rupanya KPDNKK pun ada buat program yang seumpama ini dibanyak tempat. OK lah tu. . . .

image
Jom Beli Barang Raya MITC MELAKA
image
MITC MELAKA

Continue reading PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA

SEKITAR PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA PUTRAJAYA 2012

Aku baru sahaja pulang jalan jalan di Program Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012 yang diadakan bersebelahan dengan KPDNKK Putrajaya. ENTRY SEBELUM INI

image

Seperti biasa, aku akan pergi awal – malas mahu bersesak dengan 1001 macam perangai dan karenah manusia sejagat huhu. Aku pergi sebaik sahaja habis berbuka dan solat Maghrib. Lucky cz memang syok je jalan jalan . . . dan yang penting tak lama selepas itu, orang berpusu pusu masuk. Waktu malam je dah macam ini. Aku tak boleh bayangkan macam mana waktu siang atau aku datang lewat sedikit. Pengsan

Tapi, apapun memang selesa program ini dibuat berbumbung dan berhawa dingin. Sejuk je rasanya hihi. . . . .

Continue reading SEKITAR PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA PUTRAJAYA 2012