JAKARTA BANDUNG INDONESIA – KERETAPI AGRO PARAHYANGAN

Sepanjang beberapa minggu yang lalau, agak jenuh jugak aku mahu mencari jenis keretapi yang ada di Jakarta – Bandung. Pada masa yang sama, aku memperolehi maklumat mengenai keretapi Agrogede dan Parahyangan. Itu pun dapat daripada blog blog dan entry2 tidak rasmi hasil daripada pengalaman orang orang yang pernah datang ke Jakarta-Bandung. Ada pelbagai dan 1001 feel yang dicurahkan – selesa, terkejut, terkedu, tidak selesa dll. Aku disini yang membacanya pun terkebil kebil juga. Takut pun ada 🙂 risau dinegara orang..especially di negara jiran ini. Banyak sangat ceritanya…

Lucky, aku terjumpa laman web Kereta Api PT. Kereta Api Indonesia (PERSERO). Oh, rupanya maklumat terkini daripada laman web ini menyatakan bahawa Keretapi Agro Parahyangan ini merupakan gabungan dari Argo Gede dan Parahyangan dan mula beroperasi pada 27 April 2010. Kiranya gabungan daripada 2jenama ini akan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Jarak perjalanan Jakarta-Bandung ialah 173KM.

Seperti biasa, penumpang dapat memesan makanan / minuman sesuai dengan menu pilihan yang disediakan dan menikmatinya samaada di tempat duduk atau restoran yang ada.

Laman web ini juga menyertakan sekali beberapa jenis keretapi lain : Argo Jati, Argo Lawu. I’m not sure..Maybe Argo Parahyangan ini memang dikhaskan untuk perjalanan Bandung – Jakarta Vice Versa. I wish everything will be OK