PISAU CERAMIK

IMG-20150110-WA0012

Pakcik beli pisau ceramik beberapa minggu yang lalu. Aku beli dengan Salina @ Aeon Big Alamanda Putrajaya. Teman dia beli barangan rumah sewa baru huhu. Aku pun menumpang sekaki je lah kan. Ambil mood jua katanya ahaks.

Katanya, kalau pakai barangan dapur yang diperbuat daripada ceramik nie, lebih selamat. Entah, aku pun tak tahu betul atau tidak. Nampak macam logik je kan. Follow je lah. Aku beli area RM26 sebilah. Beli dalam saiz sederhana dan kecil. Tak menyempat lagi nak ke Langkawi diiik. Ehh, not bad juga kan kalau bercuti di Langkawi sejenak? Kali ini nak duduk di Pekan Kuah. Sewa je kereta Viva. Datang nak melancong, bukan nak merasa kereta besar. Hangguk!! Sentap sampai sekarang.

Beli dah lama. Tapi tak pakai lagi. Aku sendiri pun tak tahu nak pakai bila hahahahahaha. Bulan depan kot. Tengoklah waktu cuti dan masak-masak aku bila.

 

BLACK CANYON COFFEE ALAMANDA PUTRAJAYA

image

Bos aku suka makan makanan ala tomyam di Black Canyon Coffee. Yelah kan, restoran ini milik kawan dia – TS Vincent Tan kalau tak silap. Oleh kerana sokmo datang, pelayan kat situ memang akan treat baik punya. Untunglah.

image

Banyak je menu pelik pelik kat sini. Kalau rasa mengidam sangat nak makan ala thai tu, boleh singgah sini. Ada banyak pilihan menu yang disediakan. Cuma sediakan duit lebih sedikit je hihi.

image

Bos belanja, so aku order je apa yang berkenan dihati – Thai rice noodle in chicken curry. Not bad juga rasanya.

image

Ini pula, menu yang diorder oleh bos bos. Diorang suka rasa tomyam yang manis pedas. Not bad jugalah rasanya. Seperti biasa, aku yang kene habiskan. Haiiiiii, mandrem betul.

image

image

Sebenarnya, im just wonder, di kawasan sekitar Putrajaya ini dimana restoran yang menyajikan makanan ala thai yang sedap pada harga berpatutan. Tak jumpa lagi rasanya.

Sabar je lah.

image

Emmm, teringat pula cerita Shahrizal. Dia pun suka makan kat Black Canyon Coffee ini. Tapi bukan di Alamanda Putrajaya. Katanya rasa masakannya agak kureng.

Entah, aku pun tak pasti.