ALERGI

Alergi sepi sangat. Hurmm, aku kembali resah sekarang. Semua ini gara gara dek kerana kulit aku seperti alegik – ruam dan gatal gatal. Aku sendiri tidak pasti semua ini datang daripada mana. Kalau nak diikutkan tempat tinggal aku sekarang jauh lebih bersih daripada sebelumnya. Plus, pemakanan sihat pun memang teratur dan jauh lebih baik.

Jenuh aku memikirkannya..sampai sekarang memang tak terfikir lagi apa jawapannya. Apa yang aku terfikir pada masa ini ialah, aku rasa aku alergik pada susu jenama XX. Susunya sedap dan memang ini ialah menu wajib aku. Aku perasan, sejak beberapa bulan lalu aku memang jarang jarang minum susu. Daripada situ, gejala gatal gatal aku kurang dan hampir tiada.

N now, lepas makan tadi aku terus minum susu jenama XX. OMG, tak lama selepas itu badan aku jadi gatal gatal..ruam dan kemerahan. Aiyaaaa… Bosannya.

Kalau sebelum ini aku fikir adakah aku tak boleh makan ayam segera, now aku juga berfikir adakah aku tidak boleh minum susu? Atau adakah aku memang alergik kepada susu jenama XX ini? Mungkin ya..mungkin tidak.

ALERGI

Aku alergik? Rasa macam tak percaya ajer kan? Aku sendiri tidak pasti kenapa aku boleh alergik. Sejak aku tinggal di Putrajaya ini, aku seakan terkena panggilan ‘alergik’ – tak boleh berpeluh dan makan ayam goreng segera.

Hairan.. Semasa aku duduk di KL dulu aku tak pula kene menda menda pelik cmnie. Pada awalnya aku ingat, aku terkene buatan orang atau didampingi oleh makhluk halus etc. Tapi aku tak ada bukti atau petunjuk yang mengiyakan telahan aku ini. Jadi, apa boleh buat.. Biar masa yang bagi aku jawapannya.

Continue reading ALERGI