Antara kesemua produk jenama The Ordinary, Alpha Arbutin 2% + HA ini antara yang aku suka pakai. Serum yang agak melekit berbanding yang lain. Warnanya pun tak sejernih serum yang lain. Agak kusam sedikit warnanya (bagi aku).
Sebelum ini, aku punya masalah kulit kusam, tona tidak sekata dan jerawat. Masyaallah, jerawat aku tumbuh bergilir-gilir. Hilang satu tumbuh satu. Pantang stress sedikit, jerawatlah jawabnya. Walhal aku memang menjaga muka dengan baik. Cuci muka pagi dan petang. Gitulah rutinnya.
Tapi, rupanya kulit muka perlukan penjagaan tambahan. Tidak cukup hanya dengan mencuci muka pagi dan petang atau malam sahaja. Kaji punya kali dan tanya rakan taulan, mereka mencadangkan jenama The Ordinary ini. Untuk permulaan aku mencuba serum Alpha Arbutin dahulu. Perlu cuba dahulu samaada jenis produk ini sesuai dengan kulit muka aku atau tidak.
Baca: Apa itu Alpha Arbutin. Apa kebaikan?
Sudah hampir 2 hingga 3 bulan lebih aku menggunakan The Ordinary Alpha Arbutin. Kelihatannya hampir separuh aku pakai. Berbanding yang lain, aku memang lebih kerap mencalit muka aku dengan serum ini. Seronok memakainya agaknya.
Ini adalah apa yang aku rasakan sepanjang menggunakan serum Alpha Arbutin ini. Oh! mungkin ini juga boleh merupakan antara kebaikan yang ada pada The Ordinary Alpha Arbutin:-
- Bekas jerawat / noda hitam di muka kelihatan memudar dari hari ke hari. Aku tak pasti apa yang memudarkannya. Tapi, memandangkan aku memang kerap pakai serum ini, mungkin ia menjadi antara faktor yang membantu. Kelihatan lebih cepat memudar.
- Kulit muka aku lebih lembut, licin – flawless. Boleh tak kata sebegitu? Bukan aku sendiri je yang perasan. Tapi, orang yang urut badan dan bekam aku pun kata kulit muka aku licin dan bersih. Nampaklah peubahan itu. Tidak dinafikan.
- Aku kalau keluar jerawat besar, mesti akan tinggalkan bekas hitam selepas kering. Memang susah nak hilang. Tapi, selepas penggunaan Alpha Arbutin ini, aku rasa masalah bekas jerawat ini tak sesusah mana untuk diselesaikan. Eh jap! apa beza bekas jerawat dan noda?
- Bagi aku, tekstur serum ini agak melekit berbanding yang lain. Tak cair mana. Bagi aku, memang lebih selesa serum yang agak melekit. Ease to handle. Apa yang penting, ia cepat meresap pada kulit wajah. Tak melekit mana selepas digunakan pun.
- Mencerahkan kulit muka? Seriouslah. Aku tak pasti. Betul atau tak. Tapi, perasaan aku menyatakan kulit muka aku lebih cerah berbanding sebelum ini. Ada dua faktor, mungkin sebab sedang ‘berehat’ daripada event larian atau sebab penggunaan Alpha Arbutin dan produk skincare yang lain. Antara itu je lah.
- Kulit muka lebih lembab. Ya, itu yang dapat aku rasakan tatkala pertama kali memakai serum ini. Bagi aku, ia lebih melembab berbanding The Ordinary Niacinamide.
- Seriously, aku rasa bersyukur sangat sebab bukan sahaja serum Alpha Arbitin ini sesuai dengan kulit muka aku, tapi juga produk yang lain. Mungkin juga sebab kulit muka aku boleh terima kandungannya kot.
Baca: Pelbagai Kaedah Merawat, Menjaga Kucing Demam
Acap kali aku titikkan Alpha Arbutin keatas permukaan kulit muka yang berjerawat. Alhamdulillah, keesokan paginya jerawat mengecut. Tak jadi tumbuh. Kekadang aku letak Niacinamie dan kekadang aku letak Alpha Arbutin. Kedua-duanya kelihatan berkesan untuk mengecutkan jerawat.
alpha arbutin kebaikan, the ordinary alpha arbutin review malaysia, testimoni alpha arbutin the ordinary, the ordinary alpha arbutin untuk apa, apa itu arbutin, the ordinary alpha arbutin review malaysia,