ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG RESTORAN EMPANGAN PUTRAJAYA

image

Tak sangka, kat Putrajaya ini pun ada lagi tempat untuk makan masakan campur ala kampung yang sedap. Kak Zue dan Kak Sal yang perkenalkan tempat ini. Katanya masakan kampung kat sini sedap. Harganya aku tak sure cz kalau makan dengan diorang, memang diorang akan tolong bayarkan.hahaha.

image

Aku suka makan ikan sembilang. Tak sangka plak, kat sini aku boleh jumpa ikan ini. Masak asam pedas plak tu. Memang teruja habis hahaha.

image

Kami datang berempat, so masing masing memang menceduk mana mana lauk yang digemari. Aku plak sehati sejiwa dengan kak zue untuk berkongsi ambil lauk asam pedas ikan sembilang hahaha. Katanya, ikan sembilang ini banyak dijual di Pasar Borong Selangor.

image

image

image

Pemilik restoran tu pelik je tengok aku snap gambar makanan hahaha. Untunglah, ada orang buat entry free kat blog akak hahaha. Blog popular tu ok ahaks.

image

image

Tak tahulah kan macam mana diorang masak asam pedas ini. Rasanya, aku kalau masak asam pedas sokmo tak jadi huhu. Pengsanlah.

Aku memang pencinta masakan kampung. Now, ada port baru untuk makan tengahari gamaknya 🙂 Syukurlah nak.

MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Secara jujurnya, sampai sekarang aku masih lagi kabur dan keliru akan sambutan kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun ini. Kemerdekaan / hari kebangsaan yang bagaimanakah sedang diraikan ini? Konsep penjajahan yg bagaimana . . . pun aku masih kabur. Walhal subjek sejarah utk SPM aku dapat A1. Pengsan. . .belajar tak habis kot. Kekadang aku keliru antara fakta yang ada dan realiti yang sedang aku hadapi / lihat / dengar.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 55

Bagaimana cara aku mengisi cuti sempena Hari Kebangsaan pada hari ini?

1. Berbasikal area Dataran Putra, Dataran Wawasan dan Dataran Rakyat. Aku tak bawak camera tadi. Rugi cz pemandangan pun cantik2. Banyak bus yang datang Putrajaya hari ini. Tengok gaya semuanya macam nak pergi Stadium Nasional Bukit Jalil malam nie je 🙂

2. Masak lebih cikit cz aku nak makan lebih cikit hari ini. Ketam masak sambal + Ketam masak lemak + Ayam masak asam pedas. Lauk biasa je nie. Orang bujang. . . Nak kawin xcukup duit. Kerja pun yang yok lagi nak kawen mendanya haha. Gila jap

image

image

image

image

Sebenarnya, lama dah aku mengidam nak makan ketam. Nak makan kat luar mesti mahal kot. Tu yang gigih lepas berbasikal terus p Mydin. Lucky ada ketam. Redah jugak lah cz orang ramai sangat kat Mydin tadi. Gigih u ollz.

Petang nie macam nak pergi The Mines. Nak gunting rambut. Hope akak Ayus ada hari ini 🙂 orang lain aku tak mau kot.

ASAM PEDAS

Dimana sebenarnya asam pedas paling sedap? Asam pedas plak banyak versi dan stail masakannya. Ada yang cair, ada yang pekat. Ada yang tambah rempah tu, ada yang tambah rempah nie. Ada yang pedas, ada yang like like je. Citarasa aku? Entah..mana mana je pun boleh kot. Pengsan banyak kali

Selama ini, aku ingat cara masakan asam pedas sama je. Tp rupanya anggapanku salah. Pengsan. . . Aku datang Muar, masakannya lain. Aku dtg Melaka, masakannya lain. Aku balik Batu Pahat, masakannya pun lain. Tempat lain. . . Of cz lagilah lain rasanya haha.

image

Tapi, ada aku kisah semua itu? Semua jenis masakan pasti akan rasa sedap as long as si pemakannya dlm keadaan lapar. Nyum nyum

image

Continue reading ASAM PEDAS

ASAM PEDAS MAK BUSU CYBERJAYA

Asam pedas merupakan salah satu makanan kegemaran aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Cz pada asalnya aku memang biasa biasa sahaja dgn menu ini. Lagipun mak aku kat kampung pun selalu juga buat menu asam pedas ini. Tapi sejak kebelakangan ini, since berkawan dgn orang melaka.. Selera aku makin lekat pula dgn menu ini. Pelik pun pelik juga.

Nak dijadikan cerita, kami terjumpa sebuah kedai yang kononnya turut menghidangkan asam pedas. Pengsan. Kedai Asam Pedas Mak Busu ini terletak di Cyberjaya iaitu berhadapan dengan Restauran Mat Ayam Kampung. Itu pun secara kebetulan kami pergi tapi Restauran Mat Ayam Kampung ini tutup. Jadi kami pun mencuba kedai ini pula.

Untuk percubaa kali pertama, kami order daging, ikan kembung dan ikan jenahak. PEDAS OK! Apapun aku yang memang suka makan pedas dan tahan pedas ini pun rasa tercungap cungap nak habiskan menda alah ini. Pengsan…tak terkata dan buat aku garu kepala sana sini. Pengsan lagi

Apa yang pasti masakan asam pedas di kedai ini memang pedas. Tapi pada masa yang sama aku prefer asam pedas yang berisi ikan. Aku rasa daging yang di order tu macam kenyal dan liat sedikit. Tak sesuai kot.

Bau belacannya pun kuat. Harus cuci bersih2 selepas makan. Baunya kuat.

Dari aspek yang lainnya pula.. Aku rasa kedai ini perlu buat beberapa pembaharuan mengenai kepelbagaian menu yang ada. OK tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki.

Contohnya, aku suka akan konsep asam pedas kampung pandan. Pelanggan boleh memilih jenis ikan yang mahu dimakan secara fresh. Kemudian, boleh menambah jenis ulam ulaman atau sambal belacan atau telur dadar atau sayur kailan atau kangkung. Masak secara terbuka. Bagi aku, itu menimbulkan kepuasan yang berlainan kepada pelanggan.

Berbeza dgn konsep ayam kampung yang bagi aku menu menu yang ada sangat menggamit selera pelanggan…termasuk aku.

Tiada kepelbagaian. Jadi, secara puratanya, aku hanya akan singgah makan di kedai ini lagi mungkin selepas tiada lagi pilihan lain. Last choice