Makan kegemaran aku kalau tengah lapar dan stress yang amat – ayam kampung. Makanan citrasa ala kampung yang simple dan sangat menyelerakan. Lokasi pula sangat dekat dengan pejabat. Zooommm je masuk Lebuhraya Kesas arah Klang. Kalau nak makan sini, kena datang awal! 12.30 tengahari paling lewat kalau nak dapat tempat duduk dengan selesa. Lebih daripada itu, ikut nasib. Kadang senang dapat. Kadang susah dapat.
Bagi aku, harga yang dikenakan berpatutan. Aku selalu ambil lauk pauk ulaman dan dua ketul ayam – sekitar RM15 hingga RM18 camtu sahaja. OK lah tu, ala ala makan semangkuk stew korea di Sopoong. Bahkan lebih banyak kuantitinya.
Syukur alhamdulillah. Kenyang dan puas