Makan apa yang sedap di 1Borneo? Tercengang-cengang juga nak makan apa. Sebab perut dah berkeroncong. Ternampak kelibat kedai makan Ayam Penyet Ria di tepi eskolator, terus menyinggah.
Tak tahu plak nak order apa selain daripada Set Ayam Penyet. Aku plak memang bukan pencinta ikan keli (lele) atau daging. Jadinya, order je lah Ayam Penyet.
Kawan pula ada menambah gado-gado. Lapar dan takut tak kenyang katanya. Boleh lah cumil-cumil sekali.
Tak pedas sangat cilinya. Tapi, kira bolehlah juga untuk isi perut yang lapar amat. Rasa pun berbeza berbanding ayam penyet di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Citarasa orang sini kot.