Ayam Penyet Wong Solo – Sedapnya Dimana?

Kekadang, terfikir juga. Ayam Penyet Wong Solo ini sedapnya dimana? Ayam? Sambal? Servis? atau apa?

Tadi, semasa aku makan, tetiba terfikir, ayam penyet wong solo ini sedapnya ada pada sambal kicap dan sambal cili merahnya. Pedas, manis dan masam secukup rasa.

Sedap pada ayamnya pula sebab dihidangkan tatkala masih panas-panas. Im not sure macam mana diorang bajet goreng ayam tu. Tapi, orang yang datang memang non-stop. Jadinya, goreng habis goreng habislah gamaknya.

Selalunya, kalau makan sini mesti akan order bersekali dengan emping (keropok) ini. Krap krup krap krup. Belinjo orang jawa johor panggil hihi.