Musim hujan,memang sedap kalau dapat pekena roti naan cheese dan ayam tandori. Huhu. . . Tu yang aku mengidam je tu. Hahaha. . . Terus pergi makan kat Restoran Mr Kabab dan Biryani Presint 15 Putrajaya 🙂
Gerimis. . .tapi gigih nak makan juga! Aku pergi area pukul 8mlm. Nasib baik tak ramai orang.
Dimanakah tempat makan yang ada ayam tandori dan roti nan cheese yang paling sedap sekali? Ayam tandori + roti nan cheese by restoran arab or restoran mamak?
Lama kot tak makan ayam tandori dengan roti nan cheese. Biasalah, time bulan puasa inilah nak mengidam makan macam macam. Pengsan
Dek kerana itulah, hari ini aku buka puasa yang yok je cz lepas solat Maghrib aku p makan ayam tandori dan roti nan cheese di Restoran Haji Tapah Precint 16 Putrajaya. Dekat sedikit dengan rumah. Tak gitu
Ikutkan hati, nak je makan di restoran arab. Tapi, hari raya ni nak guna banyak ongkos..simpan dulu hasrat tu. Makan di Mamak pun OK r. Janji dapat lepas gian. Huhu
Aku pilih tempat ini pun cz budak budak office dan orang sekeliling kata kedai sini sedap. Itu yang aku try tu. Khabarnya nasi briyani disini sedap. Orang kata…
Huhu. . . Apapun, tertunailah hasrat dihati pada malam ini. Huh lega. Tapi secara jujurnya, cara masakan dan rasa ayam tandori dan roti nan cheese disini tetap tak boleh nak kalahkan rasa ayam tandori dan roti nan cheese di restoran mamak yang ada di Taman Universiti Skudai Johor. Aku tak ingat nama restoran itu. Tapi restoran ini terletak betul betul berhadapan dengan Balai Bomba. Su yang perkenalkan kepada aku. Memang sedap lazat dan nyum nyum. Mee goreng mamaknya pun sedap. Memang puas hati yang amat. Tak tahulah orang lain. Tekak masing masing 😛