Lama giler OK aku tak ukur badan untuk buat tempahan baju melayu. Selalunya aku akan beli baju yang telah siap atau mak aku sendiri yang akan uruskan. Ikut je contoh baju melayu yang sedia ada.
Emmm, lagipun agak jarang guna baju melayu.
Jumaat lepas tailor tu datang untuk ukur badan. Buat tempahan untuk 2 baju melayu lengkap dengan songkok dan sampin (samping?). Lepas diorang siap, terus cepat cepat aku snap gambar ukuran badan. Amboi, aku sendiri tak faham + tak reti nak baca hahaha.
‘Bak Tailor’ ini khabarnya buat baju melayu moden untuk YB KJ. Ala ala baju melayu yang fit camtu. Kita tengok macam mana hasilnya nanti.
Eemm, nampak gaya memang kene puasa + kawal pemakanan. Ukur lilit pinggang aku 32.5 (inci kot). Kene kurangkan kepada 30 nie. Tak syoklah pakai baju fit tapi perut buncit. Pengsan.