TIPS TIDUR DI LAPANGAN TERBANG

Masalah sebenarnya kalau departure atau arrival time adalah pada waktu malam. OK kalau berada dikawasan yang kita tahu. Bermasalah kalau berada di kawasan asing aka perbezaan bahasa dan budaya. Memang bermasalah. Same goes to me. Kami berkira kira untuk tidur / lepak sebentar di Lapangan Terbang dek kerana waktu ketibaan kami adalah lebih kurang 10.00 malam. Risau juga sebenarnya cz based on pembacaan aku, suasana airportnya memang berbeza dengan apa yang disediakan di Malaysia. Kelihatannya kedai makan/shop tidak (kurang) beroperasi pada waktu malam. Not sure samaada betul atau tidak. Ada juga baca beberapa entry yang bagitahu mereka tidur di luar. Dingin menusuk kalbu. Pengsan..

1st time datang dan 1st time juga mahu melakukannya. Daripada sini, aku review beberapa laman web dan blog berkaitan. Rupanya, ada laman web yang memang specialize dengan ‘tidur di lapangan terbang’ ini hahaha. Lucu.

http://www.sleepinginairports.net

Disini diterangkan banyak perkara yang berkaitan dengan lapangan terbang. Daripada yang terbaik kepada yang terburuk. Diselitkan juga beberapa tips tips berguna yang boleh digunakan kepada bakal bakal pelancong disesuatu tempat itu. Sharing is Caring OK.

Apapun, aku lebih tertarik dengan tips bagaimana untuk tidur di lapangan terbang.

SENTIASA ADA BACKUP PLAN – Sesetengah lapangan terbang memang tidak menggalakkan pengunjung untuk tidur di lapangan terbang. Walaubagaimanapun, dikatakan 95percent lapangan terbang tidak akan mengusir mereka mereka yang tidur di lapangan terbang. Katanya.. Cuma mungkin staff keselamatan hanya akan bertanya kenapa tidur di situ, kenapa tidak tidur di hotel atau mungkin mereka akan meminta bukti penerbangan. Jadi, kene ready dengan jawapannya…

KESELAMATAN – Walau dimana sahaja, aspek keselamatan perlu dititik beratkan sebagai keutamaan teratas. Its better kalau tidur dikawasan litar tertutup. Lucky kami pergi berdua. Jadi kira lebih baiklah tu :). Barang barang berharga pun kene pastikan dalam kondisi yang selamat. Mungkin juga perlu tidur gilir gilir. Its better

HIBURAN / BEKALAN / KEMUDAHAN – Biasalah, tidur di lapangan terbang. Bukannya di hotel atau rumah. So, kene bawa sendiri bantal kecil yang murah2 utk keselesaan sendiri.

Baju sejuk pun kene ada. Nak bawa selimut tu memang OVER lah sangat kan 🙂 At least baju sejuk yang ada penutup kepala sekali.

Bekalan minuman / makanan pun penting juga. Tak semestinya makanan / minuman di airport itu halal dan memnuhi citarasa kita. Plus memang mahal harganya 🙂 sekurang kurangnya bawa bekalan air mineral,snack dan roti pun sudah memadai

Power bar. Aku rasa ini memang penting. Aku rasa nak bawa bateri hp lebih. Ipad pun kena pastikan full bar. At least ada juga hiburan nak dibuat. Harapnya ada free wifi.

Buku/majalah/diary pun OK gak. Tapi tak pasti. Rasanya, membaca boleh buat mengantuk. Buku nota sikit2 sudahlah.