JAKARTA BANDUNG INDONESIA – KERETAPI AGRO PARAHYANGAN

Sepanjang beberapa minggu yang lalau, agak jenuh jugak aku mahu mencari jenis keretapi yang ada di Jakarta – Bandung. Pada masa yang sama, aku memperolehi maklumat mengenai keretapi Agrogede dan Parahyangan. Itu pun dapat daripada blog blog dan entry2 tidak rasmi hasil daripada pengalaman orang orang yang pernah datang ke Jakarta-Bandung. Ada pelbagai dan 1001 feel yang dicurahkan – selesa, terkejut, terkedu, tidak selesa dll. Aku disini yang membacanya pun terkebil kebil juga. Takut pun ada 🙂 risau dinegara orang..especially di negara jiran ini. Banyak sangat ceritanya…

Lucky, aku terjumpa laman web Kereta Api PT. Kereta Api Indonesia (PERSERO). Oh, rupanya maklumat terkini daripada laman web ini menyatakan bahawa Keretapi Agro Parahyangan ini merupakan gabungan dari Argo Gede dan Parahyangan dan mula beroperasi pada 27 April 2010. Kiranya gabungan daripada 2jenama ini akan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Jarak perjalanan Jakarta-Bandung ialah 173KM.

Seperti biasa, penumpang dapat memesan makanan / minuman sesuai dengan menu pilihan yang disediakan dan menikmatinya samaada di tempat duduk atau restoran yang ada.

Laman web ini juga menyertakan sekali beberapa jenis keretapi lain : Argo Jati, Argo Lawu. I’m not sure..Maybe Argo Parahyangan ini memang dikhaskan untuk perjalanan Bandung – Jakarta Vice Versa. I wish everything will be OK

JAKARTA BANDUNG INDONESIA : JADUAL DAN TARIF KERETAPI PART 1

Syukur, aku diberi petunjuk untuk mengodek mana mana laman portal. Terus direct kepada laman web http//www.kereta-api.co.id untuk check jadual dan harga tiket. Aku tengok, lain hari memang lain harga dan mananya. So far di laman portal ini, aku tengok hanya info mengenai Agro Parahyangan sahaja yang dinyatakan. Tak pasti, mungkin lain lain pengedali kot.

Secara kasarnya, aku perhatikan harga tiket bagi hari minggu adalah lebih mahal sedikit berbanding hari biasa. Iaitu samaada Rp60K atau Rp80K untuk kelas eksekutif. Disini, aku lebih tekankan untuk mencari meklumat mengenai kelas eksekutif sahaja. Alasannya mudah, mahu yang lebih selesa dek kerana perjalanan yang jauh serta tidak mahu menanggung risiko.

Anggaran jadual perjalanan kasar bagi Agro Parahyangan bagi Jakarta (Station Gambir) menuju ke Station Bandung pula ialah :

Jam 5.55 – Jam 9.01
Jam 8.25 – Jam 11.24
Jam 10.35 – Jam 13.46
Jam 15.50 – Jam 19.02
Jam 17.50 – Jam 20.44
Jam 20.25 – Jam 23.25

Manakala anggaran perjalanan kasar bagi Station Bandung menuju ke Jakarta (Station Gambir) pula ialah :-

Jam 5.00 – Jam 8.01
Jam 6.30 – Jam 9.34
Jam 12.00 – Jam 14.57
Jam 14.30 – Jam 17.22
Jam 16.30 – Jam 19.34
Jam 19.50 – Jam 22.49

Besar kemungkinan jadual dan tarif ini akan berubah semasa aku berada disana. So, kene pastikan aku sentiasa alert dengan laman portal ini. Pengsan

Pada masa yang sama juga, aku kene buat perbandingan dengan Jadual dan tarif Agrogede. Which one is better dan suit with our schedule.

JAKARTA BANDUNG INDONESIA : KERETAPI aka PERSERO

Sabtu dan ahad selalunya akan aku gunakan untuk relax santai sahaja dirumah. Malas mahu keluar pergi mana mana. Cuaca panas dan terik..boleh buat aku pening pening lalat. Dalam pada masa yang sama juga, aku akan pastikan untuk menelusuri keadaan dan persekitaran Kota Jakarta dan Bandung sebagai bekalan informasi kami kelak.

Jenuh sebenarnya mahu mencari maklumat yang dikehendaki. YES, kami telah memilih kaedah pengangkutan keretapi nanti. Walaubagaimanapun, sampai la ni aku tak dapat lagi jadual perjalanan keretapi Jakarta (Gambir) – Bandung Vice Versa yang betul betul menyakinkan aku. Susah betul. Ada pihak kata macam ini dan ada pihak kata macam ini. Pengsan aku.

Susah betul mahu mendapatkan info yang benar benar consistant thru internet. Even ticket train sekalipun aku xdpt cari info yang meyakinkan. So far aku cuma dapat info mengenai 2 jenis / syarikat keretapi yang beroperasi untuk perjalanan Jakarta – Bandung iaitu Parahyangan (bererti kayangan) dan Agrogede ( Agro – Mount / Gede – big) sahaja. Selain daripada itu, tiada.

Sedih. I feel frustrated

JAKARTA BANDUNG INDONESIA : BEZANYA BANDUNG

Pada waktu senggang, aku sempat menelaah dan membelek belek blog dan portal yang berkaitan dengan Jakarta dan Bandung. Biasalah, ikut schedulu aku dan housemate aku akan pergi bertandang ke Indonesia pada bulan Oktober nanti.

Agak risau sebenarnya cz duit yang dikumpul pun masih agak kureng lagi 🙂 Plus, ada lebih kurang 20pasang baju yang dibeli di HCMC masih lagi belum dijual. Pengsan.. Ini pun dek kerana pemilihan baju yang silap dan design lama. Adoi, inilah kesilapan kami. Aku pula tak buat research langsung mengenai perkara ini. Silap silap…

Pada masa yang sama juga, hasil daripada pemerhatian dan bacaan aku.. Hampir kesemua entry pasti akan memberikan respond yang agak negative mengenai Jakarta / Bandung – iaitu selain daripada tempat yang cantik, harga barangan yang murah dan makanan yang enak.

Pembacaan fasa pertama aku ini lebih menjurus kepada perjalanan dari Jakarta ke Bandung. Banyak respond menyatakan mereka agak menghadapi sedikit masalah dengan sistem pengangkutan dan keadaan persekitaran yang ada disini. Jalannya sesak khasnya pada hujung minggu. Khabarnya berkali kali ganda daripada kesesakan yang ada di Kuala Lumpur. Huh.. Can’t imagine. Aku sendiri tidak pasti samaada jalan ini sesak pada waktu malam atau tidak. Kami dijangka sampai pada malam hari. Not sure camne keadaanya.

The critical thing is, aku masih bimbang dengan cara pengangkutan yang terbaik disini. Ada beberapa cara pengangkutan yang boleh digunakan iaitu samaada melalui bus, keretapi, taxi atau kereta sewa.

Bus – aku tak pasti samaada ada atau tidak perkhidmatan ini pada waktu malam. But, I don’t think so ada.

Keretapi – Daripada Airport Soekarno – Hatta, kami perlu ke Station Gambir yang jarak masa perjalanan adalah lebih kurang 1 jam (depend on traffic). Daripada Station Gambir ini, ada 2 pilihan samaada menaiki Train Argogeda atau Parahgangan. Tapi kebanyakan orang akan menaiki Argogeda dek kerana trainnya lebih laju dan selesa. Jarak perjalanannya ialah lebih kurang 3 – 4 jam dan harga tiket untuk kelas executive ialah Rp55K atau lebih kurang RM18. Walaubagaimanapun, kene book awal. Oleh kerana kami sampai Khamis malam jumaat, kami tidak pasti samaada train masih beroperasi atau tidak. Pengsan. Operasinya ialah 10 train daily – katanya. Train terawal ialah pada jam 5.55pagi. Not sure lagi train terakhir. Kalau sempat, memang aku nak pergi sana terus malam kami datang tu. Kalau sempat lah. Tapi so far, kaedah pengangkutan ini memang menjadi pilihan aku. Lebih selamat berbanding yang lain. Oh ya, tambang taxi dari airport ke Station Gambir ialah Rp50K – Rp80K. Manakala bus pula hanya Rp5K.

Taxi/kereta sewa – aku tak tahu kenapa, tapi kebanyakan mereka menyatakan tambang taxinya flexible. Kadang dapat terlalu mahal. Jadi digalakkan untuk menaiki taxi blue bird sahaja. Taxi vios katanya. Taxi ini menggunakan meter..jadi lebih adil dan selamat. Ada petak khas untuk taxi blue bird ini. Jadi perlu beratur untuk menaikinya. Pengsan lagi. Banyak entry menyatakan kekesalan tatkala menaiki taxi/kereta sewa. Antaranya tambang yang terlalu over mahal bla bla bla. Hairan, kerajaan tak kawal ke?

Van / Travel – aku tidak pasti kaedah ini diklasifikasikan sebagai apa. Mungkin juga lebih kurang seperti kereta sewa. Cuma saiz kenderaannya sahaja yang lebih besar. Ada juga kes penipuan disini. Ohh.. Takut juga aku. Nak nak kami datang berdua sahaja. Ada blogger yang lebih gemar menggunakan Van Cipaganti ini. Alasannya lebih selesa dek kerana kenderaan ang digunakan ialah Toyota Alpard. Tambang yang dikenakan ialah area Rp200K atau RM70 seorang untuk ke Bandung. Tambang yang dikenakan dikatakan jauh lebih murah berbanding teksi / kereta sewa yang kekadang menjangkau Rp800K. Aiii, bermasalah betul

Selain daripada itu juga, uniknya tempat ini ialah bayaran tol perlu dibayar oleh penumpang. Makna katanya pemandu teksi tidak akan membayar tol. Pengsan. Jadi, kami perlu servey harga tol disini dan siap siap dengan wang kecil. Hairan, lebuhraya bertol tapi jem tetap juga teruk. Jadi apa ke maknanya..

Selain daripda itu juga, perlu sediakan wang untuk airport tax. Kalau di Bandung, mereka mengenakan Rp60K. Tak pasti lagi berapa Airport Tax untuk Airport Soekarno-Hatta. Lebih kurang kot. Aku kene pastikan juga pada masa bila bayaran ini perlu dilakukan. Aiii..

Sesuatu yang menggusarkan aku ialah, kebanyakan entry menyatakan keadaan jalan yang sempit, manusia yang terlalu ramai.. Bersesak sana sini dan juga banyak peminta sedekah serta penjual jalanan. Ramai yang merasa terganggu dengan situasi ini khasnya peminta sedekah dan penjual jalanan. Risau juga nie. Kene take care betul betul. Lucky datang berdua sahaja.

Mungkin aku perlu memikirkan tempat shopping yang benar benar utama dahulu. Daripada sini, aku akan terus pilih hotel terhampir. Mudah untuk urusan membeli belah. Hurmmm…

Aku mula terasa berdebar debar dan rasa susah hati dengan situasi ini. Siapa tahu, ini merupakan lawatan pertama dan terakhir bagi aku ke tempat seperti ini. Aku tak merasa kesukaran pun tatkala merancang ke HCMC sebelum ini. Pengsan…

Diakui ramai disini ada banyak tempat menarik dan harga yang murah serta sesama islam. Akan tetapi kalau dah terasa terlalu banyak rencah dan remeh.. Aku pun terasa letih.

JAKARTA BANDUNG INDONESIA : PERANCANGAN TRIP TO BANDUNG INDONESIA

Pada masa ini, disamping menyibukkan diri di office.. Aku turut menyibukkan diri dengan perancangan perjalanan di Bandung Indonesia pada bulan Oktober nanti iaitu pada 4 (malam) – 7 (lewat petang) Oktober 2012.

Aku ada masa kurang 5 bulan daripada sekarang untuk menyiapkan diri dari aspek fizikal, mental – keperluan. Flight kami adalah ke Jakarta. Walaubagaimanapun, kami aim untuk lebih banyak menghabiskan masa di Bandung Indonesia. Memang itu perancangannya dari mula lagi. Lagipun, berdasarkan kepada pengalaman perjalanan di HCMC Vietnam, its better berjalan ke tempat orang sambil melihat peluang peluang perniagaan untuk menambahkan pendapatan kami + pengalaman.

Kami akan sampai pada tengah malam. Tidak pasti samaada mahu bermalam di Airport sahaja atau terus menyewa teksi untuk ke Bandung pada malam itu juga – macam rugi dari segi pembayaran bilik hotel. Tapi takpa..akan difikirkan kemudian. Plan macam nak stay sebentar di Airport kemudian, area sebelum / sesudah subuh..baru bertolak ke Bandung. Dengar kata jarak masa perjalanan ialah 2 jam dan traffic memang sesak. Jadi, perancangan masa perjalanan memang penting. Aku memang xsuka jem. At the same time, kene usha2 juga berapa kos tambang teksi yang dikenakan. Perlukan kajian pro + kontra + pembacaan.

Aku tak risau sangat pasal makanan di Jakarta / Bandung. Cuma perlu pandai memilih mana yang benar benar enak + berbaloi + murah + halal. Tapi pada masa yang sama kajian juga perlu dilakukan.

Back to basic..daya tarikan Bandung ini sudah tentu syurga shopping + harga yang murah. Jadi tak salah jika aku turut buat beberapa kajian langsung akan apa yang dijual + harga jualan. Agak agak menguntungkan, step kedua boleh lah dibuat. Kali ini, aspek warna dan design akan aku ambil kira betul betul. Tak mahu kesilapan di HCMC berulang kembali. Aiyaaaa…

Tapi khabarnya untuk membeli kain pasang / kain ela.. Negara China dan Vietnam lebih murah. Jadi aku tak pasti apa yang ada di Bandung. Kain sulam / manik kot. Kene tengok kedai / tempat mana yang betul betul OK dan murah.

Apa yang penting, barang yang dibeli mudah dijual balik di Malaysia.

Apapun, kiraan kos kasar / modal perlu diambil kira dari semua aspek : modal niaga + makan + hotel + pengangkutan.