BERAS WANGI SIAM VS BERAS BASMATHI / HERBA PONNI

download

Aku ini seorang yang kuat makan dan memang kene makan nasi setiap hari. Tak boleh tak makan nasi. Selama hampir 2 tahun aku mengamalkan pemakanan sihat dengan memakan nasi basmathi / herba ponni taj mahal di rumah. Kemudian, bulan lepas aku mencuba untuk makan nasi drpd beras wangi siam (apa jenamanya tidak perlu untuk aku katakan disini). Imprezzz cz berat badan aku naik dengan mendadak.

YES, pada awalnya aku agak hairan cz beras yang dibeli tu nampak macam cepat je habis. Seakan menambah selera makan hahaha. Tak boleh jadi macam ini. Then, semalam aku terus beli beras herba ponni taj mahal. Memang kene tukar dan stop terus.

Berdasarkan kepada pengalaman sendiri, beras herba ponni / basmathi ini boleh mengawal berat badan aku hihi (walaupun makan banyak). Nampak gayanya, dulu kini dan selamanya memang kene makan beras jenis ini sahaja. Tak boleh gatal-gatal tangan beli beras lain. In case kalau nak merasa, makan kat luar sahaja atau beli 1kg jerk. Pengsan.

Moral of the story, salah satu rahsia awet muda remaja dan berat badan yang maintain ini ialah pengambilan beras basmathi / herba ponni taj mahal. Bayangkan, selama beberapa tahun ini berat badan aku average 60kg je. Once aku ambil beras wangi siam yang sedap tu boleh pulak naik 2 kg terus. Itu baru makan tak sampai 2.5kg. Bayangkan kalau aku habiskan 5kg terus? Pengsan. Habis market pakcik hahahahaha.

ROYAL UMBRELLA VS HERBA PONNI TAJ MAHAL

Ingat lagi dengan entry Beras Royal Umbrella yang aku buat beberapa hari yang lalu? Beras ini cukup sedap kalau dimasak time kenduri kendara / makan ramai-ramai. Baunya sangat masyuk 🙂

Baru-baru ini aku memang dok cari beras. Yelahkan..beras dah lama habis + aku malas nak masak. Time hujung tahun ini, banyak beras dijual pada harga yang lebih murah. Lagi2 beras yang di import daripada Thailand. Tak percaya? Pergi je mana-mana supermarket popular huhu.

Tapi sayang, nak beli Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal tapi tak leh. Cz harganya mahal – RM35 something. Selalunya aku beli dengan harga RM29 – RM30 camtu. Biasalah..nak jaga kesihatan di usia yang muda kan 🙂 haha..Pengsan

Continue reading ROYAL UMBRELLA VS HERBA PONNI TAJ MAHAL

ANUGERAH BERAS TERBAIK

Secara peribadi + jujurnya aku katakan yang aku amat kecewa dengan perkembangan,pembangunan dan pengurusan ‘beras’ di Malaysia ini – baik dari pihak kerajaan, petani, institusi, penyelidik mahupun rakyat biasa.

Malaysia ini apa yang tak ada? Semua ada..tanah pun subur. Bantuan, insentif dan subsidi bagai pun dah bagi. Tapi beras origin from Malaysia mostly mcm agak kureng lah – Personal view.

Ko tengok je lah kan, kat mana mana kedai makan. Mostly memang akan memilih beras daripada Thai or India or Pakistan or Kemboja. Kenapa?

Continue reading ANUGERAH BERAS TERBAIK

ULAT PADA BERAS

image
Jenuh letak lada kering + kulit kayu manis. But still x solve the problem

Betul ke beras organik nie tak ‘setahan’ beras biasa?

image
ada ulat kat Butiran2 beras nie. maybe as rumah ulat tu

Dah lama aku guna beras herba ponni nie. Biasalah, nak jaga kesihatan. Tapi yang jadi musykilnya nie. . .aku dok perhatikan time to time nampak macam beras nie tak tahan lama. Betul ke? Nak kata aku simpan salah, tak jugak. Simpan cam biasalah kot kat gerobok + tempat kedap udara. Tapi hairan, kenapa lama kelamaan aku tengok ada ‘penunggu’ yang datang? Geli pun ada gak. . .

Try to google any info, tapi still tak jumpa 🙁

Aku bukanlah seorang yang selalu masak kat rumah. Tapi dlm seminggu tu adalah 3 atau 4 kali aku masak nasi. Kalau nak kata beras tu aku beli dah lama + berbulan bulan aku tak masak, kira normal la tu kan. Tapi rasanya aku beli beras nie beberapa hari sebelum puasa yang lepas – im sure.

Aiiiii. . Musykil2 cz time aku guna beras Basmati Moghul aritu tak napa2 plak beras tu. Beras Kanji ( untuk buat sushi) pun aku tengok ok je. Elok je sifatnya. Tapi beras nie lain.

Nak kene call contact center dia nie esok. Nak tanya pasal problem nie. Agak2 tak solve jugak, terpaksalah tukar makan beras organik dari Thai plak.

Benda nak makan tak boleh main2.