KESIAN DENGAN SOXIE

image

Aku kesian dengan kucing betina aku yang seekor ini – Soxie Batrisyah Alawiyah. Si Jantan Hitam Hiroki tak mahu mengawan dengan dia. Tak taste katanya.

Gigih aku dok jadi orang tengah untuk buat Hiroki berkenan dengan Soxie. Sampai sekarang aku tidak berjaya. Gigih suruh Hiroki bau bontot Soxie yang asyik dok terangkat angkat itu. Tetap tak berjaya juga.

Haiii, nasib kau lah Soxie. Mulut kau busuk sangat kot. Hahaha.

SEMUA BETINA

image

Hari ini anak anak kucing itu di vaksin dan diberikan ubat cacing untuk usia 3 bulan. Alamak, kesemua anak anak kucing ini kemaluannya rapat plak. Mean, diorang semuanya betina belaka. Pengsan.

Emm, katanya kucing jenis parsi ini memang susah sedikit nak tengok jantinanya pada usia baya2 diorang ini. Kemaluannya kecik cemetot lagi. Tak pe, kita tengok lagi apa status diorang bulan depan hihi.

So far, jantina Mia paling diragui samaada jantan atau betina. Yang lain lain tu macam sah betina ahaks.

Doktor kata, kucing betina ini harganya lebih mahal berbanding jantan. Pengsan lagi.

PEMANDULAN KUCING BETINA

Pembuangan rahim & ovari (Spay)

Kebaikannya :-

  • Mengurangkan sifat untuk merayau mencari kucing jantan dan mengawan
  • Mengelakkan risiko tumor dan barah mamari (kelenjar susu), jangkitan rahim bernanah (pyometra) dan kurang risiko penyakit berjangkit seperti FIV dan FeLV (Leukemia kucing)

Umur sesuai : 4 – 5 bulan / 1 Kg ke atas

Apa yang perlu dibuat sebelum itu?

  • Pastikan semua suntikan pelalian telah selesai dibuat
  • Puasakan kucing anda 12 jam sebelum hari pembedahan.
  • Jangan sesekali beri makanan dan air kerana risiko masuk ke dalam peparu sekiranya kucing anda termuntah semasa dibius.

PEMANDULAN KUCING JANTAN

Pembuangan buah zakar (Castration)

Kebaikannya :-

  • Mengurangkan sifat agresif dan kecenderungan untuk kencing merata-rata.
  • Kurang risiko untuk merayau, bergaduh dan dilanggar kereta.
  • Mengelakkan risiko barah buah zakar dan kurang risiko penyakit berjangkit seperti FIV dan FeLV (Leukemia Kucing)

Umur Sesuai : 6 bulan / 1 Kg keatas

Apa yang perlu dibuat sebelum itu?

  • Pastikan semua suntikan pelalian telah selesai dibuat
  • Puasakan kucing anda 12 jam sebelum hari pembedahan.
  • Jangan sesekali beri makanan dan air kerana risiko masuk ke dalam peparu sekiranya kucing anda termuntah semasa dibius.