MIA SUDAH KENE KE?

image

Nampak banyak bulu-bulu bertaburan kat rumah. Mia & Hiroki main lagi agaknya tadi malam. Tapi Mia nampak steady je. Selalunya kalau lepas main, bau badan kucing betina akan berbau hancing kencing jantan. Nie dia tak ada bau apa apa pun. Cuma nampak haus nak minum air. Tak menyabar nak minum air.
image

Pastu, adik beradiknya yang lain pun nak minum sekali. Gigih menunggu giliran haha.

Mia ini kene perhatikan sedikit cz jenis yang nakal dan suka mencakar. Haritu dek kerana tak menyabarnya, habis bekas air tu tumpah. Lepas diperhatikan, memang sah…mia punya kerja.
image

Aku rasa macam nak belikan satu lagi bekas minum air kucing yang ada filter. Tunggu lah tahun depan camne hihi.

Apapun, tak sabar rasanya nak melihat adegan adegan lucu antara Hiroki dan 4 ekor kucing betina kat rumah nie nanti. Ahaks