NEW BANNER

image

Baru bangun tidur. Alamak, aku terlepas maghrib. Pengsan.. inilah akibatnya kalau tidur after balik kerja. Pukul 6ptg tidur, haaaa jawabnya bangun pukul 9.30 malam. Aiyooooo….bangun2 je terus mamai. Aku ingtkan tidur lupa nak tutup lampu. Awal sangat nak bangun mandi p keje. Pengsan.

Nasib r cici kejutkan. Kalau tak, memang sampai esok pagi r aku tidur huhu…..

Apapun, syabas dan tahniah kepada diri sendiri diatas kejayaan menukar banner di mykeledek.com sendiri huhu. Hebat dan boeng boeng sangat haha.  Lama gak godak2 gambar dan internet untuk cari idea. Yelah, nak guna photoshop tapi rasa macam dh lupa cara nak handle. Tu yang saja guna paint je. Nak simple dan cepat. Nanti banyak lak cekadaknya huhu.

Plan macam nak guna je theme yang paling basic untuk wordpress macam puanbee.com punya. Tapi macam tak cukup kuat plak keinginannya tu haha. Pada masa ini aku memang menggunakan theme responsive. Antara theme free yang popular r jugak. Nanti2 lah dulu. Cz so far performance blog mykeledek.com ni pun rasa macam ok je. Tu yang malas nak kacau2…

BLOGGER

Aku merupakan seorang yang gila internet. Memang gila 🙂 Dalam satu hari tu, average aku duduk menghadap internet memang tinggi r. Pagi Petang Malam memang akan menghadap internet. Kalau aku tak dok hadap internet tu maknanya aku berada di kampung + makan + jalan2 di luar kawasan 🙂

Biasalah, keje aku pun based on information technology. Haruslah selalu online sokmo. Monitor apa2 yang patut maaa…Lagi2 now aku sudah mula serious ber blog bagai. Lagi r selalu menghadap internet. Hahahaha…

Tapi jangan ingat aku selalu online, aku tak buat keje plak. Aku perform OK haha. Kalau aku berstatus tetap, of course aku lagi perform dalam kerjaya + mungkin dpt APC haha. Memang diakui (bukan aku yang kata..orang yang kata) ahaks

Emmm,berbalik kpd cerita tadi.. seperti biasa pada pagi ini aku dok menghadap internet. Buat blog walking kat blog denaihati, ariffshah dan yanmieonline. Memang sekadar view entry mereka sahaja. Try to avoid daripada buat apa2 komen. Tapi pagi ini aku terkomen kat blog yanmieonline. Hahaha… Malu plak

Pada masa yang sama, secara tetiba aku ter google blog ben ashaari. Saja je tengok2 blog orang. Ala2 diari.. Nice. Aku tak kenal dia..dan of course dia lagi r tak kenal aku. Sekadar view beberapa page blog dia. Excited dan terkejut dengan entry post dia yang banyak (sangat). Terkesima dan WOW..hebat. Kagum

Cz selama ini aku rasa malu ngn ‘lambakan’ entry2 di blog aku. Hahaha.. Tapi tak sangka ada lagi orang yang lebih banyak buat entry berbanding aku. Ku semangat… So, ada geng la camnie hihi

Semangat

Posted from WordPress for BlackBerry.

MYKELEDEK

Aku merupakan golongan ‘manusia’ yang banyak menghabiskan masa di internet. Boleh dikatakan pagi petang siang malam aku mesti akan ada internet. Kalau tak ada akses itu bermakna aku keluar jalan jalan aka balik kampung. So, that why lah aku gain banyak info and knowledge berbanding yang lain 🙂 Tapi ada jugak keburukannya sebenarnya hihi..

Sebenarnya ini bukanlah blog aku yang pertama. Blog MyKeledek.com ini entah blog yang keberapa aku sendiri tak tahulah. Dari zaman Blogdrive, Multiply, Blog.Friendster, Blogsport dan WordPress.com +++ dan sampailah pada awal tahun 2012 aku decide untuk buat Self Host Blog sendiri 🙂 Pada masa yang sama, secara tidak langsung aku digalakkan oleh housemate aku yang bersetuju untuk langgan Unifi di rumah + Ex Housemate aku yang bersetuju untuk memberikan 2nd Blackberry untuk aku gunakan 🙂 semuanya secara kebetulan + tidak dirancang sama sekali. Pengsan

Alah, itu pun aku bayar what? Haha..

Belek punya belek kat blog orang lain, aku rasa malu sendiri cz aku tengok blog yang aku lawati sangat tersusun + templete yang menarik + gambar yang banyak + cara penulisan yang baik + follower yang ramai +++ Waah, rasa macam langit dan bumi je berbanding MyKeledek.com

Biasalah, ada beberapa blog yang memang sudah punya komunitinya sendiri. Mereka kelihatan sudah lama berkecimpung dalam dunia blog. Tiap kali entry yang dibuat, pasti akan ada komen komen daripada follower mereka. Pengsan.

Aku macam biasalah, rasa malu + malas nak buat apa apa komen pada blog yang aku lawati. Hahaha… Lebih selesa menjadi silent follower je.

Maybe oneday..cz daripada situ aku dapat belajar sesuatu

Posted from WordPress for BlackBerry.