Cuba Makan NaturCare Pomegranate

image

Aku sekarang ini sedang mengamalkan pengambilan NatureCare Pomegranate (susah nak sebut / eja). Buah delima yang telah diproses menjadi softgel. Katanya sebiji softgelnya bersamaan dengan 10 buah delima. Aku pun iyakan ajer loorr.

pomegranate-table

Ada 2 jenis makanan tambahan yang aku ‘tergila-gilakan’. Habbatus Sauda dan juga buah delima hahaha. Aku memang mengamalkan pengambilan produk berasaskan dua benda ini. Kak Zue yang propose NatureCare Pomegranate ini kepada aku. Katanya kalau beli banyak boleh dapat pada harga murah. Sebotol ini, aku dapat beli pada harga RM60 sahaja. Im not sure / tak ingat berapa harga asalnya.

Yeah, u ollzz boleh google sendiri apa khasiat makan buah delima ini. Buahan syurga memang banyak khasiatnya.